• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Advancecon Peroleh 2 Kontrak ECRL Bernilai RM80.8 Juta

in Catalyst
A A
Advancecon Peroleh 2 Kontrak ECRL Bernilai RM80.8 Juta

Kredit Gambar : Laman Web Advancecon

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Pakar perkhidmatan kerja tanah dan kejuruteraan awam, Advancecon Holdings Bhd memperoleh dua kontrak bernilai RM80.8 juta daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd untuk menyediakan kerja subgred dan kerja-kerja berkaitan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur  (ECRL).

Advancecon Peroleh 2 Kontrak ECRL Bernilai RM80.8 Juta

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Advancecon, Datuk Phum Ang Kia berkata kontrak itu akan membantu syarikat tersebut lebih bersedia dan kompetitif dalam bidaan tender ECRL pada masa depan dengan menggunakan sumber-sumbernya. 

“Kontrak yang diperoleh ini merupakan rangsangan yang tepat pada masa bagi nilai perolehan kontrak kerja tanah dan kejuruteraan awam sedia ada kumpulan dan membuktikan keyakinan pelanggan terhadap kami untuk menjadi sebahagian daripada pemain yang terlibat dalam projek pembangunan prasarana terbesar negara itu. 

“Rancangan kerajaan untuk melaksanakan ECRL dalam tempoh beberapa tahun akan datang sudah pastinya memberi prospek masa depan yang positif kepada kumpulan dalam projek mega prasarana ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan kontrak baharu itu nilai perolehan kontrak Advancecon meningkat kepada RM771.1 juta dengan jaminan pendapatan pada minimum 28 bulan.

Nilai perolehan kerja tanah dan kejuruteraan awam kumpulan terdiri daripada projek prasarana seperti Lebuh Raya Pantai Barat, Lebuh Raya Pan Boneo dan jalan raya baharu di Sarawak di bawah Agensi Pembangunan Upper Rajang dan projek pembangunan hartanah termasuk Setia Alamsari (South), Eco Ardence dan Nilai Impian. 

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In