• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

LKL Bakal Eksport AS$19 Juta Sarung Tangan Nitril ke China

in Catalyst
A A
LKL Bakal Eksport AS$19 Juta Sarung Tangan Nitril ke China

Kredit Gambar: Laman Web LKL Berhad

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — LKL Advance Metaltech Sdn Bhd, unit kepada syarikat pengeluar peralatan perubatan LKL International Bhd, telah memperoleh kontrak penjualan bernilai AS$19 juta (kira-kira RM78.5 juta) untuk membekalkan sarung tangan pemeriksaan nitril kepada syarikat yang berpangkalan di China. 

Dalam satu kenyataan hari ini, LKL International berkata perolehan kontrak penjualan itu bukan sahaja merupakan kontrak eksport pertamanya ke China tetapi juga penerokaan sulungnya dalam pengedaran sarung tangan getah ke sektor perubatan dan kesihatan.

Pengarah urusan LKL International, Lim Kon Lian berkata kumpulan itu akan terus mengembangkan  portfolio produknya yang kini merangkumi pengeluaran katil perubatan dan peranti perisian dan pengedaran peralatan pelindung diri serta peralatan perubatan lain.

“Perolehan kontrak penjualan ini menunjukkan pengiktirafan jenama kami yang semakin dipercayai sebagai pembekal peralatan perubatan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk pasaran global. 

“Kontrak ini akan meningkatkan sumbangan eksport kami di pasaran Asia dan melonjakkan prestasi bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2021. 

”Oleh itu, perkembangan ini menunjukkan usaha kami untuk memperluaskan rangkaian eksport, sekali gus memainkan peranan penting dalam membekalkan peralatan perubatan dan penjagaan kesihatan serta produk berkaitan ke semua wilayah,” katanya.

Bagi tahun kewangan 2020, sumbangan hasil daripada eksport LKL International bernilai RM9.0 juta atau 16.5 peratus daripada jumlah pendapatan kumpulan, meningkat daripada RM6.6 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

— BERNAMA

Share991ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In