fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KUB Lupus Kubah Estate Kepada Beradin Plantation

in Catalyst
A A
KUB Lupus Kubah Estate Kepada Beradin Plantation

Sumber Website KUB (M) Berhad

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) —  KUB Agro Holdings Sdn Bhd (KUBAH), unit kepada KUB (M) Bhd, telah melupuskan KUBAH Estate dengan nilai RM158 juta kepada Beradin Plantation Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah.

KUBAH Estate terdiri daripada dua bahagian iaitu Kahang Estate dan Sungai Yong Estate, kedua-duanya terletak di bahagian timur laut bandar Kluang di Johor.

“Pertimbangan bagi pelupusan itu dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” kata KUB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Selain itu, nilai buku agregat bersih estet-estet berkenaan iaitu RM16.54 juta adalah berdasarkan kepada kenyataan kewangan disatukan KUB yang telah diaudit (terkini) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019, kata KUB dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

“Tambahan pula, nilai pasaran KUBAH Estate iaitu RM156.0 juta telah dinilai oleh C H Williams,” katanya.

Mengenai rasional kepada pelupusan berkenaan, KUB menjelaskan nilai pasaran KUBAH Estate telah meningkat sejak bertahun-tahun.

“Sehubungan itu, kumpulan kami berada dalam kedudukan untuk merealisasikan keuntungan besar daripada KUBAH Estate dan pada masa sama mengukuhkan kedudukan kecairan dan aliran tunainya menerusi pelupusan ini.

“Lagi pun, pelupusan ini memberikan peluang untuk menjual KUBAH Estate melebihi nilai pasaran seperti yang dinyatakan oleh C H Williams,” katanya.

Selain daripada KUB berada dalam kedudukan tunai yang lebih kukuh hasil daripada pelupusan, kumpulan ini juga dapat mengelakkan daripada menanggung perbelanjaan modal yang besar untuk KUBAH Estate dalam bergerak ke hadapan kerana sebahagian besar kelapa sawitnya telah dikategorikan sebagai tua dan perlu dibersihkan dan ditanam semula secara berperingkat pada tahun-tahun mendatang.

Jumlah anggaran perbelanjaan modal untuk pembersihan, penanaman semula serta infrastruktur tambahan serta penyelenggaraan KUBAH Estate dijangka menelan belanja sekitar RM39.1 juta.

“Pihak lembaga menjangkakan ia mengambil masa sekurang-kurangnya empat tahun selepas setiap fasa penanaman semula sebelum KUBAH Estate dapat memberi sumbangan bermakna kepada kumpulan kami,” katanya.

— BERNAMA

Share269ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In