• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

ICONIC Pelbagaikan Operasi Teroka Pengeluaran PPE Dengan Pelaburan RM155.51 Juta

in Catalyst
A A

Kredit Gambar: Laman Web Iconic Worldwide

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Iconic Worldwide Bhd mahu mempelbagaikan perniagaan teras sedia adanya dengan meneroka pengeluaran dan dagangan kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang termasuk pelitup muka pakai buang dan sarung tangan dengan jumlah pelaburan RM155.51 juta.

Kumpulan tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata pelaburan RM155.51 juta itu akan digunakan bagi pembelian tanah dan pembinaan kemudahan baharu, pemasangan dan pengoperasian mesin pengeluaran, peralatan lain dan modal kerja. 

“Ia akan dibiayai menerusi gabungan dana dijana sendiri, pinjaman bank dan/atau pengumpulan dana,” kata kumpulan itu. 

Iconic Worldwide telah mengenal pasti dan merancang membeli sebidang tanah berukuran 2.4 hektar terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang bagi membina kemudahan pembuatan baharu.

Sejumlah 22 mesin pengeluaran terdiri daripada 12 mesin pengeluaran sarung tangan dan 10 mesin pengeluaran pelitup muka akan dipasang dan beroperasi dalam masa 12 bulan, dengan jumlah kos RM78.2 juta. 

“Kumpulan merancang memasang dan mengoperasikan mesin pengeluaran sarung tangan dan pelitup muka pakai buang yang dijangka menghasilkan kapasiti pengeluaran minimum kira-kira 3.1 bilion pasang sarung tangan setahun dan 222.7 juta pelitup muka setahun,” kata syarikat itu. 

Cadangan pempelbagaian itu dijangka selesai pada separuh kedua 2020, dengan kilang baharu dianggarkan siap dalam tempoh 12 bulan daripada pemulaan pembinaan dan beroperasi pada separuh kedua 2021. 

Ketika ini, Iconic terlibat dalam pembangunan dan penjualan hartanah komersial dan kediaman serta pelancongan dan perkhidmatan berkaitan lain seperti pengurusan hospitaliti.

Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2020, pembangunan hartanah dan pelancongan masing-masing menyumbang 67.2 peratus dan 30.4 peratus kepada hasil kumpulan.  

Sementara itu, Pengarah Urusan Iconic Worldwide, Datuk Tan Kean Tet berkata cadangan pempelbagaian itu akan menyediakan arus pendapatan alternatif kepada kumpulan, mengurangkan risiko penumpuan perniagaannya dan mengurangkan pergantungan kepada perniagaan teras sedia ada.

Beliau berkata ia juga akan menyediakan peluang kepada kumpulan untuk meningkatkan hasilnya dan mengukuhkan portfolio perniagaan bagi menambah baik prestasi kewangan.

“Kami berhasrat mengeluarkan dan meniagakan sarung tangan susu getah dan nitril bagi kegunaan isi rumah, perindustrian dan perubatan serta dua jenis ytama pelitup muka pakai buang iaitu pelitup mula perubatan pakai buang tiga lapis dan pelitup muka perubatan pakai buang,” katanya.

— BERNAMA

Share429ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In