• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Ditutup Tinggi, Dipacu Aktiviti Belian Saham Berkaitan Kewangan, Permodalan Sederhana

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Aktiviti belian berterusan untuk kaunter berwajaran tinggi berkaitan kewangan dan saham permodalan sederhana telah mondorong FBM KLCI ditutup tinggi pada petang Rabu, sekali gus menandakan pemulihan ekonomi dan para pelabur institusi dan runcit telah mula mendapat momentum masing-masing.

Pada penutup hari ini, indeks petunjuk utama pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.11 mata atau 1.05 peratus kepada 1,537.54 daripada 1,521.43 ketika ditutup semalam.

Bank terbesar negara, Maybank yang mendahului indeks komposit Bursa Malaysia dengan wajaran 10.69 mata, diikuti oleh Public Bank dengan 8.24 mata, membantu melonjakkan indeks hari ini, sekali gus menyumbangkan 3.77 mata kepada indeks komposit.

Maybank meningkat 12 sen kepada RM7.25 dan Public Bank menokok 22 sen kepada RM16.14.

Sementara itu, Hong Leong Bank yang baru-baru ini mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperoleh lebih kepentingan dalam kumpulan itu, mengukuh 20 sen kepada RM14.86.

Bursa tempatan turut disokong oleh aktiviti belian saham murah untuk saham permodalan sederhana, terutamanya saham berkaitan teknologi.

Pada pukul 9 pagi ini, indeks utama dibuka 3.69 mata lebih tinggi pada 1,525.12 dan bergerak antara 1,523.69 dan 1,537.54 sepanjang sesi dagangan.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatas rugi 552 berbalas 537 sementara 434 kaunter tidak berubah, 483 tidak diniagakan dan 25 lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 11.59 bilion saham bernilai RM5.35 bilion daripada 10.38 bilion saham bernilai RM5.59 bilion.

Seorang penganalisis berkata dasar monetari oleh ekonomi seluruh dunia telah membantu mengurangkan impak COVID-19 seterusnya, terutamanya kadar faedah rendah yang diumumkan oleh bank-bank pusat.

Ditanya mengenai mesyuarat monetari Bank Negara Malaysia yang dijadual berlangsung pada 10 Sept, beliau berkata bank pusat mungkin akan mengurangkan kadar sebanyak 125 mata asas lagi kepada 1.5  peratus dalam mesyuarat akan datang, ataupun, pengurangan itu akan ditangguhkan ke mesyuarat pada bulan November.

“Paras 1.5 peratus itu seharusnya menjadi kadar terendah kerana mana-mana kadar yang lebih rendah daripada itu akan memberikan keuntungan kecil bagi merangsangkan ekonomi,” kata beliau kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, syarikat berkaitan penjagaan kesihatan seperti Top Glove dan Hartalega merosot 42 sen dan RM1.10, masing-masing kepada RM26.08 dan RM15.36 sementara Tenaga mengukuh 26 sen kepada RM11.24 dan Petronas Chemicals lebih tinggi 19 sen kepada RM5.59.

Saham paling untung, Nestle mengukuh RM2.80 kepada RM141.80 sementara syarikat teknologi Malaysian Pacific Industries dan UWC, masing-masing melonjak RM1.50 dan 77 sen kepada RM18.50 dan RM6.70.

Saham-saham paling cergas, Borneo kekal pada enam sen, Inix susut dua sen kepada 38 sen, Permaju meningkat 5.5 sen kepada 35.5 sen dan Priceworth International menambah setengah sen kepada empat sen.

Sektor penjagaan kesihatan mendahului kaunter-kaunter paling rugi.

Hartalega merosot RM1.10 kepada RM15.36, Kossan Rubber turun 68 sen kepada RM15.12, Supermax Corp turun 46 sen kepada RM21.40 dan Top Glove 42 sen lebih lemah pada RM26.08.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 99.90 mata kepada 11,174.36, Indeks FBMT 100 melambung 97.06 mata kepada 10,966.51 dan Indeks FBM 70 menokok 62.14 mata kepada 14,823.46.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 76.39 mata kepada 13,297.31 dan FBM ACE menambah 60.63 mata kepada 11,265.06.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 183.53 mata kepada 12,695.52, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 2.51 mata kepada 139.14 dan Indeks Perladangan lebih tinggi sebanyak 81.98 mata kepada 7,166.78.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 6.58 bilion saham bernilai RM4.08 bilion daripada 5.29 bilion saham bernilai RM4.43 bilion.

Jumlah dagangan waran mengembang kepada 451.28 juta unit bernilai RM119.72 juta daripada 438.38 juta unit bernilai RM130.38 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE mengecil kepada 4.55 bilion saham bernilai RM1.18 bilion berbanding 4.65 bilion saham bernilai RM1.02 bilion.

Produk pengguna dan perkhidmatan menguasai 1.2 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.46 bilion), pembinaan (356.78 juta), teknologi (1.29 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (57.04 juta), hartanah (277.61 juta), perladangan (90.59 juta), REITs (4.57 juta), dana tertutup (107,800), tenaga (1.60 bilion), penjagaan kesihatan (53.48 juta), telekomunikasi (76.72 juta), pengangkutan dan logistik (68.12 juta) dan utiliti (21.84 juta).

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In