• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Diniagakan Tinggi Pada Sesi Tengah Hari, Pelabur Kembali Yakin

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Urus niaga di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih tinggi dengan para pelabur memperoleh keyakinan di celah-celah pengumuman dasar ekonomi yang menggalakkan di seluruh dunia.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.35 mata atau 0.417 peratus kepada 1,527.78 daripada 1,521.43 ketika ditutup semalam.

Indeks utama pula dibuka 3.69 mata lebih tinggi pagi ini pada 1,525.12 dan bergerak antara 1,523.69 dan 1,532.07 sepanjang sesi pagi.

Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 500 berbalas 475, sementara 412 kaunter tidak berubah, 619 tidak diniagakan dan 25 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 6.96 bilion saham bernilai RM2.58 bilion.

Di AS, Rizab Persekutuan pada minggu lepas telah menyatakan ia akan mengekalkan dasar monetari yang lebih mudah bagi meningkatkan perdagangan selepas China mencatatkan data kilang yang lebih kukuh, sekali gus memberikan isyarat bahawa ekonomi akan melantun kembali.

Ketua penyelidikan Rakuten Trade Kenny Yee pula mengaitkan mudah tunai yang tinggi di dalam sistem pada masa ini kepada regim kadar faedah yang rendah bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain.

“Bagi Malaysia, kita telah bersedia untuk Mesyuarat Dasar Monetari pada 10 Sept ini. Saya menjangkakan indeks akan terus berada dalam momentum positif sehinggalah mesyuarat itu berlangsung,” kata beliau kepada Bernama

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank meningkat 11 sen kepada RM7.24, Tenaga menambah enam sen kepada RM11.04, Top Glove kerugian 20 sen kepada RM26.30 dan Hartalega lemah 78 sen kepada RM15.68.

Saham-saham paling cergas pula, Pasukhas menokok 2.5 sen kepada 14 sen, JCY International menambah 16 sen kepada 83.5 sen, Sapura naik satu sen kepada 13.5 sen tetapi MQ Technology jatuh 2.5 sen kepada 21 sen.

Kaunter paling rugi, syarikat-syarikat berkaitan penjagaan kesihatan mendahului berikutan aktiviti pengambilan untung.

Hartalega merosot 78 sen kepada RM15.68, Kossan Rubber susut 52 sen kepada RM15.28, Top Glove berkurangan 20 sen kepada RM26.30 dan Pharmaniaga lebih rendah 20 sen kepada RM5.43.

Dalam kalangan kaunter paling untung pula, Malaysian Pacific Industries mengukuh RM1.04 kepada RM18.04, Nestle meningkat RM1 kepada RM140.00 dan F&N lebih tinggi sebanyak 50 sen kepada RM31.60. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melambung 43.63 mata kepada 11,118.09, Indeks FBMT 100 mengukuh 42.88 mata kepada 10,912.32 dan  FBM 70 meningkat 48.60 mata kepada 14,809.92.

Indeks FBM Emas Shariah pula meraih 29.06 mata kepada 13,249.98 dan FBM ACE meningkat 21.01 mata kepada 11,225.44.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 103.72 mata kepada 12,615.70, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.22 mata kepada 137.85 dan Indeks Perladangan meningkat 38.57 mata kepada 7,123.37.

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In