fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Jualan Saham Wajaran Tinggi Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh penjualan dalam kebanyakan saham wajaran tinggi didahului saham perbankan, walaupun penurunan telah dihadkan oleh pembelian ke atas saham bermodal kecil.

Pada pukul 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.78 mata kepada 1,521.43 daripada 1,525.21 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Pasaran ditutup pada Isnin susulan cuti umum sempena Hari Kebangsaan.

Indeks barometer itu dibuka 16.34 mata lebih tinggi kepada 1,541.55 dan bergerak di antara 1,520.20 dengan 1,541,99 sepanjang dagangan hari ini.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 612 berbanding 542 manakala 391 kaunter tidak berubah, 461 kaunter tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 10.38 bilion saham bernilai RM5.59 bilion daripada 11.15 bilion saham bernilai RM8.25 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee Shen Pin berkata pembelian mengikut kitaran sektor masih wujud dengan pelabur runcit kekal menguasai dagangan, terutama di kaunter teknologi dan berkaitan penjagaan kesihatan.

Indeks Pasaran Ace meningkat kukuh hari ini susulan saham Apple dan Tesla yang berpangkalan di Amerika Syarikat mencatatkan paras tertinggi baharu sekali gus mendorong sentimen positif dalam kalangan kaunter teknologi AS — Amazon, Facebook dan Netflix.

Sementara itu, syarikat teknologi tempatan seperti Malaysian Pacific Industries dan Vitrox Corp masing-masing meningkat RM1.30 dan 28 sen kepada RM17 dan RM12.38.

Bagaimanapun, kenaikan di pasaran ekuiti tempatan hari ini dihadkan oleh penurunan yang dicatatkan saham kewangan.

“Ramai bimbang sekiranya lebih banyak penurunan penarafan ke atas sektor perbankan, namun kami menjangkakan ia hanya bersifat sementara,” katanya kepada Bernama.

Maybank turun 20 sen kepada RM7.13, Public Bank susut 50 sen kepada RM15.92 dan CIMB kurang 10 sen pada RM3.20.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, saham Top Glove melonjak 22 sen kepada RM26.50, Tenaga meningkat 12 sen kepada RM10.98, dan saham telekomunikasi Maxis menokok enam sen pada RM5.06.

Antara saham paling untung, Hong Leong Financial dan Hong Leong Bank, yang mengumumkan dividen akhir 20 sen sesaham pada akhir Jun tahun ini, masing-masing meningkat 66 sen kepada RM13 dan RM14.66.

Secara berasingan, Hong Leong Bank berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperoleh lebih banyak saham dalam kumpulan itu.

Barangan dan perkhidmatan pengguna, F&N menambah 48 sen kepada RM31.10.

Bagi saham aktif, Fintec Global naik dua sen kepada 18 sen, Nova menokok satu sen kepada 10.5 sen, manakala XOX tidak berubah pada 26 sen.

Saham paling rugi, PetDag susut 30 sen kepada RM20.30, Supermax turun 28 sen kepada RM21.86 dan Nestle kurang 20 sen kepada RM139.00.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 11.12 mata kepada 11,074.46, Indeks FBMT 100 turun 17.31 mata pada 10,869.44 namun FBM 70 menambah 13.93 mata kepada 14,761.32.

Indeks FBM Emas Syariah menokok 54.27 mata kepada 13,220.92 dan FBM ACE melonjak 225.16 mata kepada 11,204.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 130.789 mata kepada 12,511.98, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.13 mata kepada 136.63 dan Indeks Perladangan menokok 27.52 mata kepada 7,084.80.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 5.29 bilion saham bernilai RM4.43 bilion daripada 6.40 bilion saham bernilai RM7.0 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran sebanyak 438.38 juta unit bernilai RM130.38 juta berbanding 549.36 juta unit bernilai RM140.82 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula meningkat kepada 4.65 bilion saham bernilai RM1.02 bilion daripada 4.19 bilion saham bernilai RM1.10 bilion sebelumnya.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.38 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (1.389 bilion), pembinaan (470.89 juta), teknologi (478.17 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (97.87 juta), hartanah (407.38 juta), perladangan (118.84 juta), REIT (6.94 juta), dana tertutup (103.700 juta), tenaga (664.72 juta), penjagaan kesihatan (76.91 juta), telekomunikasi dan media (83 juta), pengangkutan dan logistik (78.31 juta ) serta utiliti (34.05 juta).

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

3 days ago
Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka
Market Update

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 week ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In