fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Tengah Hari Lebih Tinggi, Didorong Aktiviti Belian Di Pasaran ACE

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia diniagakan lebih tinggi pada sesi tengah hari ini, dipacu oleh aktiviti belian berterusan di Pasaran ACE, termasuk kaunter teknologi.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 2.54 mata atau 0.167 peratus kepada 1,527.75  daripada 1,525.21 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka 16.34 mata lebih tinggi pada 1,541.55 dan bergerak antara 1,522.34 dan 1,541.99 sepanjang sesi pagi.

Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 568 berbalas 519 sementara 362 kaunter tidak berubah, 557 tidak diniagakan dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 6.36 bilion saham bernilai RM3 bilion.

Dalam kalangan saham paling cergas, Nova meningkat 1.5 sen kepada 11 sen, XOX menambah setengah sen kepada 26.5 sen, MQ Technology menokok enam sen kepada 23 sen sementara Lambo kekal pada 5.5 sen.

Saham paling rugi, syarikat perladangan KLK kerugian 34 sen kepada RM22.32, Public Bank susut 30 sen kepada RM16.12, Nestle jatuh 20 sen kepada RM139.00 dan Petronas Dagangan lebih lemah sebanyak 18 sen kepada RM20.42.

Kaunter berkaitan teknologi Malaysia Pacific Industries muncul sebagai saham paling untung, mengukuh RM1.14 kepada RM16.84, diikuti dengan Hong Leong Bank, yang meningkat 68 sen kepada RM14.68 sementara F&N naik 62 sen kepada RM31.24.

Kerancakan aktiviti untuk kaunter-kaunter berkaitan teknologi di Pasaran Ace adalah ekoran tarikan terhadap saham teknologi tinggi AS, antaranya Apple dan Tesla yang menyaksikan rekod tinggi pada hari Isnin.

“Saham teknologi lain yang turut membantu meningkatkan sentimen pasaran, malah turut dilihat di pasaran tempatan termasuklah Amazon, Facebook dan Netflix,” demikian menurut seorang penganalisis.

Sementara di pasaran tempatan pula, IHS Markit berkata pengeluaran pembuatan Malaysia stabil pada Ogos.

Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Malaysia IHS Markit, petunjuk komposit satu angka bagi prestasi pembuatan – merosot kepada 49.3 pada Ogos daripada 50.0 bulan sebelumnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut 10 sen kepada RM7.23, Public Bank kerugian 30 sen kepada RM16.12 sementara Top Glove meningkat 36 sen kepada RM26.64 dan Tenaga menambah 14 sen kepada  RM11.00.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 23.15 mata kepada 11,108.73, Indeks FBMT 100 mengukuh 20.45 mata kepada 10,907.20 dan FBM 70 naik 36.73 mata kepada 14,784.12.

Indeks FBM Emas Shariah menambah 6.10 mata kepada 13,232.75 dan FBM ACE melonjak 228.47 mata kepada 11,207.74.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 44.51 mata kepada 12,598.26, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.50 mata kepada 137.00 dan Indeks Perladangan turun 21.44 mata kepada 7,035.84.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

19 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In