• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

5G Akan Buka 39,000 Peluang Pekerjaan Baharu – Pengerusi Bursa Malaysia

in Catalyst
A A
5G Akan Buka 39,000 Peluang Pekerjaan Baharu – Pengerusi Bursa Malaysia

Photo by Echo Grid on Unsplash

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Pelaksanaan 5G diunjurkan membuka 39,000 peluang pekerjaan baharu sekali gus mengubah landskap tenaga kerja ke arah kemahiran bernilai tinggi, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata impak ekonomi daripada 5G ke atas Malaysia dijangka besar, dengan pelaksanaannya berperanan sebagai pemangkin untuk produktiviti dan pertumbuhan negara.

Selain itu, kajian terbaharu yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia melaporkan 5G berpotensi menyumbang tambahan RM12.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tempoh lima tahun iaitu 2021 hingga 2025, katanya.

“Pelaksanaan 5G dan Industri 4.0 (IR 4.0) bukan hanya akan berlaku malah ia menawarkan peluang dengan jaminan kelajuan dan tindak balas yang pastinya membawa produk dan perkhidmatan baharu serta kaedah revolusioner dalam melakukan sesuatu perkara,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di Invest Malaysia 2020 – Siri Maya 3 di sini, hari ini.

Beliau berkata menghubungkan berjuta-juta peranti digital dan mencipta perkhidmatan baharu bagi peranti berkenaan akan mentransformasikan cara hidup serta bagaimana perniagaan, kerajaan dan bursa beroperasi.

“Apabila memperakui kepentingan transformasi digital, kita sebagai pasaran modal kolektif perlu menyediakan jaminan bahawa usaha kita, sebagai korporat, pengawal selia dan pembiaya, adalah bergerak seiring untuk memastikan Malaysia memanfaatkan peluang yang akan dibawa oleh gelombang 5G dan teknologi IR 4.0 ini,” katanya.

Abdul Wahid berkata dalam dunia automasi perindustrian dan teknologi telekomunikasi yang bergerak pantas ini, penelitian ke atas syarikat secara menyeluruh dan menentukan jika organisasi mempunyai modal insan yang tepat untuk menggunakan teknologi canggih digabung dengan pelaksanaan amalan tadbir urus yang betul, boleh dikatakan sama penting dengan asas kewangan mereka.

“Syarikat tersenarai Malaysia perlu berada di bahagian hadapan dalam penggunaan dan pelaksanaan inovasi teknologi untuk memastikan negara kita kekal rancak dan pasaran modal kita pula kekal sebagai pasaran terkemuka ASEAN,” katanya.

— BERNAMA

Share1923ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In