• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Advertorial

Closing Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (28 Ogos 2020)

in Advertorial
A A
Closing Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (28 Ogos 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (7 Disember 2020)

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (30 November 2020)

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (23 November 2020)

Pasaran hari ini berada di hari terakhir, minggu terakhir pada bulan Ogos kerana kita akan bercuti umum pada 31 Ogos 2020 sempena hari kemerdekaan.

Apa yang berlaku di Bursa malaysia pada minggu ini seperti yang kita ramalkan berdasarkan laporan kewangan telah menjadikan pergerakan agak mendatar atau sideways. Ini terkecuali bagi saham-saham yang bersifat spekulasi yang membuat lonjakan dan junaman.

Bagi mereka yang mendapat peluang dalam saham-saham penny stock seperti KTB dan GETS yang berkait rapat dengan sektor pengangkutan sudah tentu meraih keuntungan.

Sememangnya pasaran agak volatile pada minggu ini terutamanya dalam sektor kesihatan yang melibatkan pembuatan sarung tangan. Contohnya, saham Supermax yang membuat kenaikan dan penurunan dalam julat RM1 beberapa kali pada minggu ini menyukarkan pedagang menjangka pergerakan dalam sektor terbabit.

Akhirnya setakat pada hari ini (28 Ogos 2020) KLCI telah menembusi paras support walaupun pasaran hadapan di Wall Street menunjukkan tanda yang positif dengan Dow Jones Futures setakat pada pukul 5 petang waktu Malaysia melonjak sehingga 0.57% dengan peningkatan lebih daripada 150 mata pada sesi Khamis dengan tiada catalyst yang jelas.

Mungkin ini disebabkan oleh ucapan Jerome Powell dalam konvensyen Jackson Hole walaupun tiada pengumuman besar atau perubahan dari segi halatuju dalam dasar Federal Reserve.

Keadaan pasaran ketika ini sukar dibaca kerana peningkatan dalam Wall Street terutamanya dalam indeks saham utama diikuti dengan kenaikan juga dalam tahap kebimbangan pasaran yang dapat dilihat dalam indeks volatility.

Menariknya, indeks Dow Jones juga membuat kenaikan dengan komoditi emas juga membuat kenaikan.

Indeks KLCI juga telah menembusi paras support yang kuat di paras 1,550.00 mata dan ditutup pada hari Jumaat di paras 1,525.21.

Sebaliknya dalam pasaran ACE telah berjaya menembusi paras resistance 10,990 mata yang mana disifatkan sebagai tidak cukup kukuh. ACE berjaya menembusi resistance tersebut pada hari Rabu, namun membuat penurunan selama dua hari berturut-turut pada Jumaat di mana harga ketika ini berada di paras resistance become support (RBS).

Volume dagangan di pasaran ACE juga merekodkan jumlah dagangan tertinggi pada hari Jumaat.

Sektor teknologi masih lagi berada dalam tren menaik tetapi gagal mengatasi paras resistance di 56.76 mata. Sektor ini juga bergerak sideways sejak lima hari lalu. Hal ini disebabkan kebimbangan dalam musim laporan kewangan pada minggu ini.

Saham XOX membuat lonjakan sejak hari Isnin dari paras sekitar 21 sen sehingga mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada hari Khamis di mana harga hampir mencapai 40 sen. Namun, turun secara mendadak pada hari Khamis kepada 31 sen dan seterusnya hari ini mencecah 25 sen. Pergerakan menaik pada minggu ini bagi XOX disifatkan sebagai tidak mempunyai asas fundamental yang kukuh.

Begitu juga dengan saham KTB yang membuat lonjakan lebih daripada 500% dari 4 sen sehingga 22 sen dan merudum lebih daripada 50% pada khamis selepas mencecah paras 22 sen pada hari Rabu.

Pelabur runcit yang baru dinasihatkan mengelak daripada saham penny stock kerana pergerakan yang volatile. Dinasihatkan supaya tidak membeli saham yang tidak mempunyai asas fundamental yang kukuh.

Dalam sektor healthcare pula masih menunjukkan tren kenaikan dengan harga masih berada di paras 4,177 mata kerana masih lagi belum menembusi paras sokongan yang kukuh di 3,623 mata. Ada yang bertanya adakah sektor helathcare telah berakhir kenaikannya? Jawapannya belum lagi berdasarkan penerangan teknikal di atas.

Kita akan menunggu bagaimana pergerakan terutamanya dalam saham pembuat sarung tangan selepas ex-date pada minggu hadapan selepas berlakunya adjusted kepada harga-harga saham seperti TopGlove dan Supermax.

Minit-minit akhir dagangan pada hari Jumaat juga menunjukkan kejatuhan besar kepada FBM KLCI sebanyak 29 mata di mana indeks ini ditutup 1.90% lebih rendah.

Share220ShareSend

Related Posts

Opening Bell @ Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri
Advertorial

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (7 Disember 2020)

5 years ago
Opening Bell @ Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri
Advertorial

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (30 November 2020)

5 years ago
Opening Bell @ Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri
Advertorial

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (23 November 2020)

5 years ago
Opening Bell @ Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri
Advertorial

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (2 November 2020)

5 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In