• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam kebanyakan saham wajaran tinggi dan saham permodalan kecil selepas kenaikan baru-baru ini menjelang hujung minggu yang panjang. 

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.36 peratus atau 5.67 mata kepada 1,549.11 daripada 1,554.78 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks barometer dibuka tinggi 0.27 mata kepada 1,555.05 dan bergerak antara 1,548.63 dan 1,558.29 sepanjang sesi pagi. 

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 532 berbanding 442, manakala 400 kaunter tidak berubah, 675 tidak diniagakan dan 68 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 6.24 bilion saham bernilai RM2.58 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata dalam persekitaran dagangan yang tidak menentu, minat dagangan yang kukuh didorong oleh belian secara bergilir-gilir dalam kalangan saham berharga rendah dijangka terus menguasai landskap dagangan.

“Walaupun tumpuan kepada sektor teknologi dijangka meningkat, kami berpendapat sektor pembinaan akan menyaksikan kecenderungan meningkat berikutan tender untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bermula.

“Saham perladangan turut menjadi pilihan berikutan pendapatan korporat yang kukuh dengan harga MSM melebihi RM2,600 satu tan dalam beberapa bulan ini.

“Bagaimanapun, kenaikan akan dihadkan dengan 1,580 sebagai paras halangan segera, diikuti 1,600. Risiko penurunan kekal dikesan pada 1,540, diikuti 1,515,” katanya. 

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank merosot lima sen kepada RM7.41, Top Glove susut 32 sen kepada RM26.08, Public Bank meningkat enam sen kepada RM16.68, Tenaga berkurangan dua sen kepada RM11.10, dan Hartalega merosot enam sen kepada RM16.80.

Dalam kalangan saham cergas, XOX susut enam sen kepada 26 sen, Pegasus Heights tidak berubah pada empat sen dan Konsortium Transnasional menambah 6.5 sen kepada 17 sen.

Daripada kaunter paling rugi, PPB Group susut 38 sen kepada RM18.88, diikuti Top Glove dan Hap Seng, yang susut 30 sen kepada RM7.58.

Kaunter paling untung Allianz naik 56 sen kepada RM14.04, BLD Plantation menambah 50 sen kepada RM7.00 dan Supermax meningkat 34 sen kepada RM20.54.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 15.28 mata kepada 11,196.31, Indeks FBMT 100 susut 14.92 mata kepada 11,000.34, bagaimanapun FBM 70 naik 78.84 mata kepada 14,680.14.

Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 23.78 mata kepada 13,267.80 dan FBM ACE susut 105.14 mata kepada 11,101.80.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 7.39 mata kepada 12,828.66, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.12 mata kepada 139.06 dan Indeks Perladangan berkurangan 6.97 mata kepada 7,075.07.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In