• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan sokongan belian yang sederhana dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks, dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu. 

Walaupun meningkat, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata bursa tempatan dijangka diniagakan pada sesi rendah hari ini menjelang hujung minggu yang panjang. 

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.15 mata kepada 1,557.93 daripada 1,554.78 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks barometer dibuka tinggi 0.27 mata kepada 1,555.05. 

Suasana pasaran positif berikutan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 282 berbanding 169, manakala 291 kaunter tidak berubah, 1,307 tidak diniagakan dan 68 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 524.02 juta saham bernilai RM171.04 juta.

Dalam nota hari ini, broker ekuiti dalam talian itu berkata pasaran serantau dijangka diniagakan bercampur-campur berikutan kekurangan petunjuk baharu, walaupun pasaran saham AS semalaman tinggi, berikutan Rizab Persekutuan AS mengubah matlamat pemantauan mereka dan akan terus membantu ekonomi AS.

“Kami menjangka FBM KLCI diniagakan pada paras 1,550-1,560 hari ini,” menurut Rakuten Trade. 

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata dijangka peningkatan yang sederhana pada hari ini berikutan pelabur terus berhati-hati berikutan pendapatan korporat yang lembap pada amnya.

“Kami berpendapat indeks petunjuk pasaran akan terus mencari pelabur yang stabil dengan pemulihan pasaran yang tidak menentu berikutan prestasi kewangan berkaitan Genting yang lemah,” katanya. 

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank merosot empat sen kepada RM7.42, Top Glove naik 10 sen kepada RM26.50, Public Bank meningkat empat sen kepada RM16.66, Tenaga susut dua sen kepada RM11.10 dan Hartalega berkurangan enam sen kepada RM16.80.

Dalam kalangan saham cergas, XOX susut 2.5 sen kepada 29.5 sen, manakala Vivocom dan Nova MSC, masing-masing meningkat satu sen kepada lima sen dan sembilan sen.

Kaunter paling untung Allianz naik 60 sen kepada RM14.08, Riverview Rubber Estates menambah 50 sen kepada RM3.29, dan Supermax meningkat 36 sen kepada RM20.56.

 Daripada kaunter paling rugi, Nestle susut 90 sen kepada RM139.10, United Plantations merosot 20 sen kepada RM14.24 dan Kumpulan Powernet berkurangan 14 sen kepada RM3.25. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 23.28 mata kepada 11,234.87, Indeks FBMT 100 naik 22.27 mata kepada 11,037.53 dan FBM 70 meningkat 29.30 mata kepada 14,630.60.

Indeks FBM Emas Shariah naik 25.68 mata kepada 13,317.27 manakala FBM ACE meningkat 89.86 mata kepada 11,296.81.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 16.79 mata kepada 12,852.84, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.11 mata kepada 140.15, dan Indeks Perladangan menambah 4.83 mata kepada 7,086.87.

— BERNAMA    

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In