fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Kedua Sime Darby Tahun Ini Susut Kepada RM820 Juta

in Berita
A A
Untung Bersih Suku Kedua Sime Darby Tahun Ini Susut Kepada RM820 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Sime Darby Bhd merosot 13.5 peratus kepada RM820 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2020 berbanding RM984 juta yang direkodkan tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penyusutan itu adalah disebabkan pengiktirafan kredit cukai tertangguh sebanyak RM129 juta yang terhasil daripada perubahan kadar cukai keuntungan harta tanah di Malaysia bagi tahun kewangan sebelumnya.

Jika tidak dimasukkan, keuntungan bersih mungkin setanding dengan tahun sebelumnya, manakala keputusan operasi yang kukuh pada separuh pertama tahun kewangan 2020 telah membantu mengurangkan impak buruk penularan COVID-19 pada separuh kedua tahun ini.

Perolehan bagaimanapun meningkat kepada RM36.93 bilion daripada RM36.16 bilion sebelum ini.

Keuntungan sebelum faedah dan cukai bahagian perindustrian bagi tahun kewangan 2020 meningkat 21.2 peratus tahun ke tahun kepada RM967 juta terutamanya disebabkan keuntungan yang lebih tinggi daripada operasinya di Australia dan China.

Operasi bahagian motor di China meraih keuntungan lebih tinggi, terutamanya disebakan prestasi kukuh pada separuh pertama tahun ini dan pemulihan kukuh pada suku keempat.

Syarikat itu mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak tujuh sen sesaham dan dividen khas satu sen sesaham bagi 2020.

Jumlah dividen bagi tahun ini berjumlah 10 sen sesaham, termasuk dividen interim awal 2.0 sen sesaham.

Mengenai unjuran, Sime Darby berkata kumpulan itu optimis prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2021 adalah memuaskan.

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In