Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini selepas dibuka bercampur-campur, disokong oleh pemulihan yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih dan saham berharga rendah, kata peniaga.
Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.09 peratus atau 1.42 mata kepada 1,551.00 daripada 1,549.58 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks barometer dibuka rendah 1.37 mata kepada 1,548.21 dan bergerak antara 1,544.12 dan 1,553.29 sepanjang sesi pagi.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi hampir sama dengan kaunter untung sebanyak 500 berbanding 499, manakala 377 kaunter tidak berubah, 658 tidak diniagakan dan 68 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 9.13 bilion saham bernilai RM3.17 bilion.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata sektor teknologi kembali mencatatkan belian secara bergilir-gilir berdasarkan permintaan yang kukuh dan mencatatkan penutupan di Nasdaq semalaman.
“Terdapat tanda-tanda pemulihan dalam kalangan saham sarung tangan dan berkaitan sarung tangan berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah dalam persekitaran turun naik baru-baru ini,” katanya dalam nota penyelidikan.
Dilaporkan Indeks Komposit Nasdaq ditutup pada 11,665.06, naik 198.59 mata untuk peningkatan sebanyak 1.7 peratus, mencatatkan paras ditutup tertinggi sepanjang masa ke-39 pada 2020.
Sementara itu, Maybank IB Research berkata dari segi teknikal, ia menjangka FBM KLCI akan terus berada antara 1,540 dan 1,600 dan dijangka meningkat semula hari ini. Sokongan penurunan kekal pada 1,540 dan 1,515.
Daripada saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM7.45, Top Glove naik lapan sen kepada RM26.42, Public Bank meningkat 16 sen kepada RM16.76, Tenaga menambah empat sen kepada RM11.04 dan Hartalega susut dua sen kepada RM16.74.
Dalam kalangan saham cergas, XOX naik 3.5 sen kepada 33 sen, manakala Pegasus Heights dan P.A. Resources, masing-masing menambah satu sen kepada empat sen dan 10 sen.
Sementara itu, kaunter paling untung Nestle naik 60 sen kepada RM139.80, Kwantas menambah 30 sen kepada 85.5 sen dan Kumpulan Powernet meningkat 25 sen kepada 3.19 sen.
Senarai kaunter paling rugi didahului oleh Carlsberg yang merosot 64 sen kepada RM21.88, Supermax susut 56 sen kepada RM20.72 dan Heineken jatuh 54 sen kepada RM20.64.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 3.48 mata kepada 11,198.95, Indeks FBMT 100 meningkat 2.64 mata kepada 10,999.63, bagaimanapun FBM 70 susut 25.38 mata kepada 14,624.26.
Indeks FBM Emas Shariah merosot 6.59 mata kepada 13,252.70 manakala FBM ACE meningkat 86.82 mata kepada 11,272.67.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 20.29 mata kepada 12,855.05, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.18 mata kepada 140.47, bagaimanapun Indeks Perladangan menambah 28.37 mata kepada 7,062.63.
— BERNAMA