fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini berikutan pengambilan untung sederhana yang diselang seli dengan aktiviti membeli saham berharga rendah kata para peniaga. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.33 peratus atau 5.20 mata kepada 1,554.78 daripada paras penutup 1,549.58 pada Rabu.

Petunjuk pasaran itu yang dibuka susut 1.37 mata kepada 1,548.21, bergerak antara paras 1,544.12 dan 1,554.78 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran negatif sedikit apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 580 berbanding 545, manakala 374 kaunter tidak berubah, 535 tidak diniagakan dan 68 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 13.71 bilion saham bernilai RM5.55 bilion daripada 12.12 bilion saham bernilai RM6.18 bilion pada Rabu. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurus dana Areca Capital Sdn Bhd Danny Wong Teck Meng berkata prestasi bulis bursa tempatan itu dipacu terutamanya daripada sektor telekomunikasi yang diterajui Telekom Malaysia Bhd (TM) yang naik 8.97 peratus kepada RM4.13 susulan keputusan suku kedua yang positif. 

“Kami melihat bahawa syarikat yang menghasilkan keputusan kewangan yang baik akan terus memacu pasaran. manakala bagi syarikat yang mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan, saya fikir kebanyakan pelabur telah mengambil kira jangkaan mereka bagi keputusan suku kedua, dan saya merasakan tempoh getir telah berakhir bagi syarikat-syarikat susulan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan,” kata Wong kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Pasaran Asia Pasifik OANDA Jeffrey Halley berkata dagangan di pasaran Asia lengang hari ini apabila pelabur serantau tidak mengambil kira prestasi di Wall Street semalaman.

Beliau berkata kebanyakan pasaran serantau rendah apabila pelabur mengurangkan pegangan mereka sementara menunggu kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell pada simposium Jackson Hole lewat hari ini. 

Indeks Nikkei 225 Jepun susut sebanyak 0.35 peratus manakala KOSPI Korea Selatan turun 1.05 peratus.

Hang Seng Hong Kong susut 0.83 peratus tetapi Indeks Komposit Shanghai (SSE Composite) China naik 0.61 peratus. 

Di pasaran tempatan, saham wajaran tinggi Maybank tidak berubah pada RM7.46, Top Glove naik enam sen kepada RM26.40, Public Bank meningkat dua sen kepada RM16.62, Tenaga melonjak 12 sen kepada RM11.12 dan Hartalega menokok 10 sen kepada RM16.89. 

Kaunter untung utama Nestle meningkat 80 sen kepada RM140.00, Kumpulan Powernet naik 45 sen kepada RM3.39 dan Telekom menokok 34 sen kepada RM4.13. 

Dalam kalangan kaunter cergas, XOX naik 2.5 sen kepada 32 sen, Pegasus meningkat satu sen kepada empat sen dan GPA turun 5.5 sen kepada 20.5 sen. 

Kaunter rugi utama Supermax susut RM1.08 kepada RM20.20,  Carlsberg jatuh 70 sen kepada RM21.82 dan Heineken berkurangan 68 sen kepada RM20.50. 

 Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 16.12 mata kepada 11,211.59, Indeks FBMT 100 naik 18.27 mata kepada 11,015.26 manakala FBM 70 susut 48.34 mata kepada 14,601.30.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 32.29 mata kepada 13,291.58 dan FBM ACE naik 21.09 mata kepada 11,206.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 1.29 mata kepada 12,836.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.39 mata kepada 140.26 dan Indeks Perladangan menokok 48.05 mata kepada 7,082.04.        

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 8.06 bilion saham bernilai RM4.10 bilion berbanding 7.47 bilion saham bernilai RM4.62 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran turun kepada 447.94 juta unit bernilai RM118.53 juta berbanding 586.47 juta unit bernilai RM195.47 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 5.19 bilion saham bernilai RM1.32 bilion daripada 4.03 bilion saham bernilai RM1.36 bilion.

Produk dan perkhidmatan pengguan menyumbang 1.66 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindutrian (2.82 bilion), pembinaan (831.07 juta), teknologi (513.34 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (70.55 juta), hartanah (1.02 bilion), perladangan (53.37 juta), REITs (11.03 juta), dana tertutup (15,100), tenaga (718.68 juta), penjagaan kesihatan (104.62 juta), telekomunikasi dan media (94.74 juta), pengangkutan dan logistik (114.51 juta) dan utiliti (31.59 juta).

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

14 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In