• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika pelabur meneruskan aktiviti membeli saham berharga rendah selain mengambil untung membabitkan saham-saham mewah terpilih, kata peniaga.

Pada 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.69 mata kepada 1,546.89 daripada 1,549.58 pada Rabu.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut 1.37 mata kepada 1,548.21. 

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 306 berbanding 251 manakala 281 kaunter tidak berubah, 1,196 tidak diniagakan manakala 68 lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.34 bilion saham yang bernilai RM399.57 juta.

Sementara itu, Rakuten Trade Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya hari ini menjangkakan FBM KLCI akan menyaksikan beberapa perkembangan berikutan pembelian membabitkan saham-saham pengeluar sarung tangan semalam.

“Berikutan itu, kami menjangkakan indeks akan melebihi paras 1,550 dan mungkin menguji 1,560 hari ini,” kata firma broker dalam talian itu.

Selain itu, saham-saham di Amerika Syarikat (AS) pula kebanyakannya tinggi berikutan sentimen optimis bahawa Rizab Persekutuan AS akan meningkatkan lagi langkah-langkah rangsangan ekonomi.

S&P 500 dan Nasdaq misalnya sekali lagi mencatat rekod tertinggi apabila Purata Perindustrian Dow Jones ditutup dengan menokok 83 mata kepada sekitar paras 28,332.

“Di peringkat serantau, kami mengunjurkan pasaran kekal bercampur-campur di tengah-tengah ketegangan AS-China ketika ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut satu sen kepada RM7.45, Top Glove berkurangan 20 sen kepada RM26.14, Public Bank naik 12 sen kepada RM16.72, Tenaga tidak berubah pada RM11.00 dan Hartalega turun 40 sen kepada RM16.36 .

Bagi saham aktif, XOX naik 3.5 sen kepada 33 sen, Key Alliance Group menokok dua sen kepada 13.5 sen dan IPK meningkat 2.5 sen kepada 28.5 sen.

Kaunter untung pula menyaksikan UWC naik 19 sen kepada RM5.94 dan Unisem meningkat 17 sen kepada RM3.85.

Bagi kaunter rugi, Hartalega dan Pharmaniaga susut 36 sen kepada RM5.28 manakala Supermax berkurangan 28 sen kepada RM21.00. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 8.39 mata kepada 11,177.07, Indeks FBMT 100 turun 20.26 mata kepada 10,976.73 manakala FBM 70 berkurangan 31.42 mata kepada 14,618.22.

Indeks FBM Emas Syariah pula turun 41.72 mata kepada 13,217.57 namun FBM ACE meningkat 31.68 mata kepada 11,217.53.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 4.56 mata kepada 12,839.32, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.03 mata kepada 140.68, dan Indeks Perladangan menambah 9.77 mata kepada 7,043.76.

— BERNAMA    

Share251ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In