fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Prospek Positif Dijangka Bagi Pasaran Ekuiti Malaysia Pada 2021

in Berita
A A
Aktiviti Belian Ketika Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — UOB Asset Management (Malaysia) Bhd menjangka rangsangan fiskal kerajaan yang seterusnya, dengan bank pusat kekal akomodatif, dan sokongan berterusan daripada pelabur runcit akan membantu memacu pemulihan pasaran ekuiti tempatan sehingga 2021.

Ketua Pegawai Pelaburan Francis Eng berkata pasaran tempatan meningkat semula dengan ketara daripada penyusutan berikutan COVID-19, dan mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding pasaran serantau, berikutan rangsangan kerajaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau juga berkata penyertaan yang kukuh daripada pelabur runcit yang mencari hasil lebih baik dalam ekuiti berbanding deposit tetap menyumbang kepada pemulihan pasaran.

“Berbanding pilihan pelaburan lain, ekuiti dapat menjana pulangan positif dalam jangka sederhana hingga jangka panjang, membawa kepada potensi peningkatan modal (untuk pelabur).

“Dengan kadar faedah dijangka kekal rendah untuk tempoh yang agak lama — berikutan ia akan mengambil masa untuk kita pulih sepenuhnya daripada pandemik ini — (pelabur runcit akan melihat kepada) kelas aset lain termasuk ekuiti dengan lebih serius untuk pulangan yang meningkat.

“Menjelang akhir tahun, pelabur akan melihat kepada 2021. Jika terdapat tanda-tanda pemulihan yang mencukupi, ini akan menjadi satu lagi pemangkin untuk pasaran,” katanya pada taklimat media maya mengenai Prospek Pasaran bagi 2020 di sini hari ini.

Kerajaan telah memperkenalkan pakej rangsangan bernilai RM295 bilion untuk memacu ekonomi yang terjejas oleh krisis COVID-19, yang turut menganggu rantaian bekalan global.

Sementara itu, Eng menjangka tiada lagi pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM), pada masa akan datang, berikutan ia telah dikurangkan kepada paras terendah sebanyak 1.75 peratus pada mesyuarat sebelum ini.

Oleh itu, tekanan yang berkurangan ke atas margin kadar faedah dapat dijangka sehingga 2021, katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan peningkatan semula margin untuk bank, Eng berkata BNM mengunjurkan ekonomi akan pulih pada 2021, yang akan meningkatkan aset bank.

Pada 7 Julai, bank pusat mengurangkan OPR kepada 1.75 peratus, berikutan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR masing-masing dikurangkan kepada 2.00 peratus dan 1.50 peratus.

MPC akan mengadakan mesyuarat akan datang pada 10 Sept, dan mesyuarat terakhir pada tahun ini dijadualkan pada 3 Nov, 2020.

— BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

5 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In