fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih AMMB Susut Kepada RM365.17 Juta

in Berita
A A
Keuntungan Bersih AMMB Susut Kepada RM365.17 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) – AMMB Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih suku pertama berakhir 30 Jun, 2020 lebih rendah kepada RM365.17 juta berbanding RM391.46 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Jumlah hasilnya turut berkurangan kepada RM2.21 bilion daripada RM2.39 bilion sebelum ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, bank berkenaan menyifatkan prestasi itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan banyak operasi perniagaan ditangguhkan selain kelonggaran monetari yang mengurangkan margin.

Langkah yang bermula 1 April 2020 itu menyaksikan institusi perbankan memberi penangguhan automatik bagi semua pembayaran pinjaman/pembiayaan (kecuali baki kad kredit) selama enam bulan yang mengakibatkan kerugian bersih RM57.5 juta pada suku di bawah kajian itu.

Selain itu, bank berkenaan turut menyediakan pembiayaan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) pada kadar khas bagi membantu perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Berikutan itu, pinjaman berjumlah RM751 juta telah diluluskan di bawah skim SRF kepada pelanggan dengan sejumlah RM585 juta disalurkan setakat ini.

“Susulan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi menyokong ekonomi dan mudah tunai mencukupi dalam sistem perbankan menyebabkan margin faedah bersih terus berkurangan dan menjadikan pendapatan faedah bersih susut 8.3 peratus bagi tahun ke tahun.

“Tanpa mengambil kira kerugian modifikasi akibat pelaksanaan langkah di seluruh sektor membabitkan penangguhan pembayaran semula pinjaman bulanan, margin faedah bersih telah susut 1.74 peratus iaitu berkurangan 13 mata asas bagi tahun ke tahun,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata walaupun terdapat risiko penurunan, bank itu yakin ini dapat ditampung oleh pelaksanaan langkah rangsangan fiskal dan pendekatan kewangan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

Pada masa sama, harga komoditi yang lebih stabil dan pelonggaran PKP secara berperingkat juga dijangka dapat memulihkan lagi sentimen perniagaan serta pengguna.

“Walaupun kami mengakui bahawa COVID-19 itu memberi risiko besar, namun ia turut memberi peluang untuk kami melakukan penilaian semula kedudukan selain terus memperkukuh operasi teras.

“Malah, sejajar dengan fasa kedua program BET bank ini, kami akan terus meneliti dan memperkemas proses perniagaan menerusi tumpuan terhadap usaha inisiatif digitalisasi, robotik dan automosi selain bergerak seiring dengan komitmen untuk mewujudkan budaya kerja serba tangkas,” katanya.

— BERNAMA

Share222ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In