• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kerugian Bersih Pos Malaysia Susut 61 Peratus Pada Suku Kedua

in Berita
A A
Kerugian Bersih Pos Malaysia Susut 61 Peratus Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Kerugian bersih perkhidmatan kurier nasional, Pos Malaysia merosot dengan ketara sebanyak 61 peratus kepada RM19.02 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 berbanding suku tahun sebelumnya.

Perolehan naik kepada RM606.1 juta daripada RM573.0 juta sebelum ini, didorong oleh permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan kurier dan tarif pos yang lebih tinggi.

Syarikat itu telah mengubah tahun kewangannya daripada 31 Mac kepada 31 Dis.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Pos Malaysia berkata kerugian sebelum cukai susut 8.6 peratus kepada RM14.1 juta.

Syarikat itu turut mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) bulanan pertamanya pada Jun 2020, yang pertama sejak Januari 2019.

“Perolehan perniagaan kurier naik 20 peratus pada suku kedua 2020 berbanding suku tahun sama pada 2019 dengan permintaan meningkat daripada e-dagang dan pasaran dalam talian.

“Perniagaan mel menyaksikan perolehan meningkat 25 peratus berikutan tarif pos baharu yang dilaksanakan pada Februari 2020, walaupun jumlah mel merosot pada April berikutan pandemik COVID-19,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syed Md Najib Syed Md Noor berkata syarikat berada pada landasan pemulihan yang kukuh berikutan ia menyasarkan untuk melaksanakan pelan transformasinya untuk mencapai keuntungan yang mampan.

Beliau berkata Pos Malaysia menyaksikan jumlah kurier yang lebih tinggi daripada biasa walaupun selepas sekatan pergerakan dilonggarkan dan menjangka trend ini akan berterusan sepanjang tahun ini.

“Pelaburan kami yang berterusan dalam pendigitalan, automasi dan penyumberan awam penghantar kurier akan menjadi penting untuk mengembangkan perniagaan kami, kapasiti dan kelajuan pemprosesan, untuk memenuhi jangkaan pelanggan dalam ekonomi yang dipacu digital ini.

“Perjalanan transformasi kumpulan menunjukkan kemajuan yang kukuh dan membolehkan perniagaan menghadapi cabaran dan menangani perubahan tata laku pengguna berikutan perubahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam landskap perniagaan disebabkan COVID-19,” katanya.

Pos Malaysia mengendalikan secara purata 487,000 bungkusan sehari, mencecah 800,000 pada suku kedua 2020.

— BERNAMA

Share223ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In