fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung secara ketara membabitkan terutamanya saham wajaran tinggi terpilih yang turut berselang-seli dengan kegiatan belian semasa harga rendah meliputi kaunter FBM ACE dan pengeluar sarung tangan, kata peniaga.

Sewaktu ditutup, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.34 peratus atau 5.38 mata lebih rendah kepada 1,549.58 daripada 1,554.96 pada Selasa.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut 0.21 mata kepada 1,554.75 dan bergerak dalam jajaran 1,538.26 hingga 1,558.95 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 706 berbanding 424 manakala 379 kaunter tidak berubah, 525 tidak diniagakan dan 33 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada kepada 12.2 bilion saham bernilai RM6.18 bilion daripada 10.22 bilion saham bernilai RM7.62 bilion, semalam. 

Selepas mengalami penyusutan semalam, saham-saham pengeluar sarung tangan menyaksikan aktiviti belian secara bergilir-gilir membabitkan Supermax, Top Glove, Rubberex, Kossan Rubber dan Comfort Gloves yang turut muncul sebagai kaunter paling untung sewaktu dagangan ditutup.

Mengulas perkembangan itu, Ketua Strategis Pasaran Global Stephen Innes berkata ekuiti tempatan diniagakan dalam sentimen yang agak tidak menentu walaupun meningkat sedikit susulan pemulihan dagangan Amerika Syarikat (AS)-China selepas Beijing berikrar untuk mengimport produk-produk kacang soya AS dalam jumlah yang besar.

Pada masa sama, katanya, pandemik COVID-19 terus menjadi kebimbangan utama di negara-negara di hemisfera utara yang turut menjadi destinasi eksport Malaysia ketika musim sejuk apabila aktiviti-aktiviti lebih tertumpu di dalam kediaman atau premis.

Beliau berkata terdapat kebimbangan peningkatan risiko virus itu ketika musim sejuk yang mungkin menjurus kepada pelaksanaan kawalan pergerakan yang lebih longgar.

“Perkembangan luaran lain membabitkan ketidaktentuan berhubung simposium dasar ekonomi Jackson Hole apabila Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell dikatakan tidak akan memberi petunjuk membabitkan kadar faedah yang dapat memacu pengukuhan dolar untuk beberapa minggu.

“Sehubungan itu, kalangan pedagang berminat untuk mendapatkan keuntungan membabitkan aliran kenaikan menjelang berlangsungnya simposium itu pada Khamis atau Jumaat,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut tiga sen kepada RM7.46, Top Glove meraih 94 sen kepada RM26.34, Public Bank susut 36 sen kepada RM16.60, Tenaga berkurangan dua sen kepada RM11.00 manakala Hartalega untung 26 sen kepada RM16.76.

Kaunter paling untung, Supermax melonjak RM1.48 kepada RM21.28 dan disusuli Top Glove dan Rubberex yang menokok 72 sen kepada RM5.75. 

Kossan Rubber naik 66 sen kepada RM15.30 manakala Comfort Gloves meningkat 32 sen kepada RM4.55. 

Bagi saham aktif, Digistar naik lapan sen kepada 17.5 sen, XOX meraih 4.5 sen kepada 29.5 sen manakala CME naik lima sen kepada 14.5 sen. 

Kaunter paling rugi adalah Nestle yang berkurangan RM1.50 kepada RM139.20 dan Petronas Dagangan merosot 50 sen kepada RM20.72.

 Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 21.46 mata kepada 11,195.47, Indeks FBMT 100 menambah 15.84 mata kepada 10,996.99 manakala FBM 70 melonjak 231.79 mata kepada 14,649.64.

Indeks FBM Emas Syariah naik 72.20 mata kepada 13,259.29 manakala FBM ACE melonjak 296.68 mata kepada 11,185.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 79.11 mata kepada 12,834.76, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.07 mata kepada 140.65 dan Indeks Perladangan susut 42.35 mata kepada 7,033.99.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 7.47 bilion saham bernilai RM 4.62 bilion berbanding 4.74 bilion saham bernilai RM5.58 bilion pada Selasa.

Perolehan waran berkurangan kepada 586.47 juta unit bernilai RM195.47 juta berbanding 942.91 unit bernilai RM302.08 juta, semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 1.72 bilion saham didagangkan di pasaran utama manakala produk dan perkhidmatan industri (2.69 bilion), pembinaan (295.45 juta), teknologi (1.17 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (63.16 juta), hartanah (391.21 juta), perladangan (63.02 juta), REIT (8.88 juta), dana ditutup (45,900), tenaga (692.40 juta), penjagaan kesihatan (135.62 juta), telekomunikasi dan media (50.21 juta), pengangkutan dan logistik (155.18 juta), dan utiliti (29.62 juta).

Jumlah dagangan di pasaran ACE berkurangan kepada 4.03 bilion saham bernilai RM1.36 bilion daripada 4.53 bilion saham bernilai RM1.74 bilion sebelum ini.

–BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In