fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang sederhana dan pengambilan untung dalam saham mewah terpilih, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.56 mata kepada 1,555.52 daripada 1,554.96 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks barometer dibuka rendah 0.21 mata kepada 1,554.75. 

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 238 berbanding 175, manakala 284 kaunter tidak berubah, 1,337 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 524.72 juta saham bernilai RM240.78 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata berikutan prestasi kewangan korporat suku tahun yang lembap, pelabur mengambil peluang sebagai alasan untuk menyimpan kenaikan baru-baru ini.

“Kami menjangka aliran penurunan mungkin lama tetapi akan dikurangkan oleh harga minyak mentah yang tinggi. Momentum negatif di Bursa Malaysia juga dijangka menyimpan sebarang keuntungan dengan aktiviti pengambilan untung yang segera,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini. 

Firma broker itu juga terus menyokong belian secara bergilir-gilir dalam saham berkaitan farmaseutikal dalam persekitaran perkembangan positif mengenai potensi vaksin untuk COVID-19.

Sektor tenaga dijangka didorong oleh kenaikan harga minyak mentah, yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh lima bulan berikutan pengeluaran dihentikan di Teluk Mexico disebabkan Taufan Laura.

Dari segi teknikal, platform dagangan saham dalam talian bersepadu, Rakuten Trade Sdn Bhd menjangka FBM KLCI tidak menentu dengan kecenderungan penurunan berikutan jualan dalam kaunter sarung tangan yang berterusan.

Paras sokongan segera dilihat pada 1,550 dengan paras halangan pada 1,570, katanya.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM7.50, Top Glove naik 10 sen kepada RM25.50, Public Bank meningkat 20 sen kepada RM17.16, Tenaga dan Petronas Chemicals, masing-masing merosot enam sen kepada RM10.96 dan RM5.90, manakala Hartalega berkurangan 22 sen kepada RM16.28.

Dalam kalangan saham cergas, Sapura dan XOX, masing-masing naik 1.5 sen kepada 13.5 sen dan 26.5 sen, dan Bintai meningkat 22.5 sen kepada 93 sen.

Kaunter paling untung C.I. Holdings naik 38 sen kepada RM1.66, Kossan Rubber menambah 36 sen kepada RM15.00 dan Petronas Gas meningkat 30 sen kepada RM17.08. 

Kaunter paling rugi ialah Petronas Dagangan yang merosot 50 sen kepada RM20.72, diikuti Hartalega, dan MISC yang susut 21 sen kepada RM7.64.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 12.57 mata kepada 11,186.58, Indeks FBMT 100 naik 12.08 mata kepada 10,993.23 dan FBM 70 menambah 47.77 mata kepada 14,465.62.

Indeks FBM Emas Shariah naik 4.26 mata kepada 13,191.35 dan FBM ACE meningkat 89.12 mata kepada 10,978.28.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 35.74 mata kepada 12,949.61, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 25 mata kepada 140.33, dan Indeks Perladangan menambah 17.00 mata kepada 7,093.34.

— BERNAMA    

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In