• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, July 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Supermax (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 10 Perkara Ini  Sebelum Nak Melabur Saham Supermax  (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Supermax Corporation Bhd (KLSE: 7106) (Supermax) merupakan antara syarikat penghasilan sarung getah yang terbesar di dunia. Mulai pada tahun 2020, harga sahamnya telah melonjak 12 kali ganda, meningkat daripada RM1.38 pada 2 Januari 2020 kepada RM17.92 pada 14 Ogos 2020.

Di sini, saya akan memberi rumusan yang terperinci tentang keputusan kewangan Supermax, pelan pertumbuhannya dan penilaian sahamnya yang terkini.

Jom kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham Supermax.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1. Prestasi Kewangan 10 Tahun Terkini

Supermax telah berjaya mengekalkan perolehan tahunannya pada paras lebih RM1 bilion setahun dari tahun 2010 ke 2016. Supermax kemudiannya berjaya meningkatkan perolehannya kepada RM1.54 bilion pada tahun 2019.

Ia disumbangkan oleh penambahan kapasiti pengeluaran daripada kilang 10 dan kilang 11 yang telah bermula beroperasi pada akhir tahun 2017.

Chart

Supermax telah berjaya menjana keuntungan bersih sebanyak RM100-150 juta setahun pada kebanyakan tahun dalam tempoh 10 tahun terkini. Untung bersih tidak meningkat pada masa tersebut kerana peningkatan perolehannya telah dicapai oleh Supermax telah diimbangi oleh penurunan keuntungan yang dijana oleh syarikat associate-nya sepanjang tempoh 10 tahun tersebut.

Chart

2. Pengurusan Aliran Tunai

Dari tahun 2009 sehingga 2019, Supermax telah berjaya menjana sebanyak RM1.46 bilion di dalam aliran tunai operasi.

Daripada jumlah tersebut, ia telah membelanjakan:

a. RM927.0 juta dalam Capital Expenditures (Capex) bersih

b. RM23.9 juta dalam pembelian treasury shares

c. RM162.8 juta dalam pembayaran hutang jangka panjang bersih

d. RM349.7 juta dalam pembayaran dividen ke pemegang saham.

Supermax telah mengekalkan baki tunainya pada paras RM 100+ juta bagi tempoh 10 tahun tersebut.

Chart

3. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 30 Jun 2020, Supermax telah mencatatkan sebanyak RM165.7 juta di dalam liabiliti bukan semasa dan RM1.61 bilion di dalam ekuiti pemegang saham. Dengan ini, ia mempunyai nisbah hutang terkini sebanyak 10.3%.

Pada masa itu, Supermax telah mencatatkan aset semasa dan liabiliti semasa sebanyak RM1.91 bilion dan RM1.48 bilion. Maka, nisbah semasa bagi Supermax adalah 1.29.

4. Prestasi Kewangan 12 Bulan Terkini

Supermax telah mencatatkan sebanyak RM2.13 bilion dan RM525.6 juta di dalam perolehan dan keuntungan bersih bagi tempoh 12 bulan terkini.

Kebanyakan daripada perolehan dan untung bersihnya adalah disumbangkan pada tempoh Q4 2020 oleh kerana peningkatan permintaan sarung getah yang disebabkan oleh wabak COVID -19 dan penambahan kapasiti penghasilan sarung getah daripada kilang 12-nya, iaitu kilang yang terbaru bagi Supermax pada masa tersebut.

Dalam 12 bulan terkini, Supermax telah menjana sebanyak 40.2 sen dalam EPS.

5. Pelan Pertumbuhan

Kini, Supermax sedang menambah jumlah production line-nya pada kilang yang terbarunya, iaitu kilang 12 dan ia mengemukakan bahawa kapasiti pengeluaran sarung getahnya akan meningkat daripada 21.8 bilion keping pada tahun 2018 kepada 26.2 bilion keping pada akhir tahun 2020.

Dari situ, Supermax telah membuat perancangan untuk membina 5 buah kilang sarung getah yang baru pada tahun 2021 dan 2022 dengan pelaburan sebanyak RM 1.3 bilion. Ia akan meningkatkan lagi kapasiti penghasilan sarung getah daripada 26.2 bilion keping pada tahun 2020 kepada setinggi 48.4 bilion pada tahun 2022.

6. Bonus Issue

Pada 20 Julai 2020, Supermax bercadang untuk melaksanakan bonus issue yang melibatkan penerbitan 1 saham baru untuk setiap 1 saham yang sedia ada (1:1) dan dengan itu, ini akan menambahkan jumlah saham Supermax daripada 1.36 bilion ke 2.72 bilion.

Setelah bonus issue telah dilaksanakan, harga saham untuk Supermax akan diselaraskan pada harga baru separuh daripada harga terkini.

Contohnya, bagi setiap 1,000 saham dipegang oleh pemegang saham Supermax hari ini, selepas bonus issue dilaksanakan, nilai pelaburannya akan menjadi:

Nilai Pelaburan Kini:

= Harga Terkini x Jumlah Saham Diperolehi

= RM17.92 x 1,000 saham

= RM17,920

Nilai Pelaburan selepas bonus issue:

= RM8.96 x 2,000 saham

= RM17,920

7. Siapa Pemilik Utama Supermax?

Dato’ Seri Stanley Thai dan isterinya, Datin Seri Tan Bee Geok adalah pemegang saham yang utama bagi Supermax dengan pemegangan saham sebanyak 21.9% dan 16.2% masing-masing. Kini, cik Cecile Jaclyn Thai, anak perempuan mereka adalah Pengarah Eksekutif bagi Supermax.

8. P/E Ratio

Kini, harga saham Supermax ialah RM17.92 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini ialah 44.58 jika ia dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 40.2 sen.

Kalau kita bandingkan dengan P/E Ratio lepas (2009 – 2019), P/E Ratio-nya terkini adalah yang tertinggi bagi tempoh 10 tahun tersebut.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 17.92 / RM 0.402

= 44.58

9. P/B Ratio

Pada 30 Jun 2020, Supermax telah merekodkan sebanyak RM 1.18 di dalam aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio terkini adalah 15.19.

Kalau kita bandingkan ia dengan P/B Ratio Supermax lepas (2009 – 2019), ia adalah paras tertinggi bagi sepanjang tempoh 10 tahun tersebut.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 17.92 / RM 1.18

= 15.19

10. Kadar Dividen

Pada 10 Ogos 2020, Supermax bercadang untuk membayar satu dividen saham bagi setiap 45 saham yang sedia ada diperolehi pemegang sahamnya. Nilainya dividen saham adalah dikira berdasarkan harga sahamnya yang akan ditetapkan pada AGM 2020.

Daripada laporan Q4 2020, Supermax telah memberikan ilustrasi pengiraan nilai saham dividen yang akan diberikan seperti berikut:

Jadi, kalau kita ambil nilai saham dividen sejumlah 24.9 sen, kadar dividen bagi Supermax ialah 1.39%, terendah jika kita membandingkannya dengan kadar dividen Supermax yang lepas (2009 – 2019).

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.249 / RM 17.92) x 100%

= 1.39%

Kesimpulan:

Setelah membuat analisa di atas, saya mendapati bahawa:

Maka, wajarkah kita melabur saham Supermax pada harga RM17.92?

Yang itu, kita sendiri yang kena jawab kerana ia bergantung kepada motif dan perancangan masing-masing dalam pelaburan saham.

Kalau kita tidak mempunyai pelan pelaburan yang terperinci, lebih baik kita dulu apakah pelan pelaburan saham yang sesuai sebelum nak melabur ke dalam mana-mana saham.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share514ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

1 year ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In