fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Kedua Nestle Susut Kepada RM105.53 Juta

in Berita
A A
Untung Bersih Suku Kedua Nestle Susut Kepada RM105.53 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Nestle (Malaysia) Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM105.53 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 daripada RM156.89 juta pada suku sama tahun lepas.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata keuntungan tersebut telah terjejas akibat prestasi saluran hotel, restoran dan kafe (HORECA) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perbelanjaan besar berkaitan pandemik COVID-19.

Keuntungan itu turut disumbangkan oleh pulangan sekali berjumlah RM19.7 juta susulan penjualan kilangnya di Petaling Jaya.

Selain itu, hasil syarikat itu turut susut kepada RM1.22 bilion daripada RM1.33 bilion sebelum ini.

Menurut Nestle, keadaan itu terutamanya disebabkan oleh kekangan operasi yang ketara dalam sektor HORECA ketika tempoh pelaksanaan PKP selain penyusutan aliran pergerakan orang ramai, kemerosotan jualan di restoran, hentian rehat lebuh raya dan yang berkaitan dengan pejabat.

Bagaimanapun, cabang penggunaan di rumah yang mencatat prestasi kukuh, telah dapat membantu menampung impak negatif tersebut, termasuk penembusan isi rumah yang lebih kukuh bagi jenama terbabit.

Syarikat itu turut mengumumkan dividen interim sebanyak 70 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 yang menyamai dividen interim pertama pada 2019.

Bagi separuh kedua, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols berkata Nestle akan terus  membuat pelaburan di masa akan datang sebagaimana dipaparkan menerusi pelan serta pengembangannya yang agresif dalam kategori baharu yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi.

“Apa yang kami boleh umumkan adalah mengenai satu pelaburan signifikan membabitkan kilang Shah Alam yang meliputi pembinaan kemudahan pembuatan perintis bagi penyelesaian makanan berasaskan tumbuhan.

“Ini merupakan bidang keutamaan strategik untuk Kumpulan Nestle di peringkat global dan kami berbangga dapat menempatkan kemudahan pertama seumpamanya untuk Nestle di Asia Tenggara yang akan menyokong pertumbuhan tempatan serta bagi pasaran eksport,” katanya.

— BERNAMA

Share237ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

5 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In