• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih rendah hari ini berikutan pasaran meneruskan dagangan tidak berubahnya berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 0.34 peratus atau 5.44 mata kepada 1,563.14 daripada paras penutup 1,568.58 semalam.

Indeks baramoter dibuka 5.23 mata lebih rendah kepada 1,563.35 dan bergerak di antara 1,560.21 dan 1,569.58 sepanjang sesi pagi.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 713 berbanding 308, manakala 374 kaunter tidak berubah, 639 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 6.32 bilion saham bernilai RM4.32 bilion.

Laporan media mengenai perkembangan vaksin COVID-19 mencetuskan aktiviti pengambilan untung di kaunter berkaitan sarung tangan getah dan getah termasuk Top Glove, Hartalega, Supermax, Rubberex dan Kossan.

Berita itu turut mendorong minat ke atas saham penjagaan kesihatan yang terpilih termasuk IHH Healthcare yang meningkat 1.66 peratus atau sembilan sen kepada RM5.50.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata secara teknikal, kekurangan minat belian yang berterusan dijangka menyaksikan pasaran dalam konsolidasi yang lebih lama dengan rintangan segera pada paras 1,600, diikuti 1,615.

Menurutnya, sokongan segera berada pada 1,550, diikuti 1,540.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM7.49, Top Glove turun RM1.32 kepada RM26.58, Public Bank menambah dua sen kepada RM17.00, Tenaga tidak berubah pada RM11.00 dan Hartalega jatuh 94 sen kepada RM16.56. 

Dalam kalangan saham cergas, Bintai meningkat 25.5 sen kepada 66 sen, Solution Group menokok 18 sen kepada 81 sen dan XOX tidak berubah pada 23.5 sen.

Kaunter paling rugi merupakan Top Glove, Supermax  — yang berkurangan RM1.74 kepada RM20.36 — dan Hartalega. 

Bagi kaunter paling untung, Pharmaniaga naik RM1.11 kepada RM6.38, Dutch Lady menambah 88 sen kepada RM39.68 dan Duopharma meningkat 71 sen kepada RM4.09. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 62.41 mata kepada 11,255.64, FBMT 100 rendah 61.64 mata kepada 11,057.90 dan FBM 70 merosot 171.96 mata kepada 14,592.95.

Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 115.14 mata kepada 13,310.93 dan FBM ACE naik 60.30 mata kepada 11,006.12.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 30.54 mata kepada 12,942.35, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.11 mata kepada 141.18 dan Indeks Perladangan naik 30.79 mata kepada 7,090.04.

— BERNAMA    

Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In