• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Empat Catalyst Yang Bakal Menggerakkan Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (24-28 Ogos 2020)

in Catalyst
A A
Empat Catalyst Yang Bakal Menggerakkan Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (24-28 Ogos 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Ketiga-tiga indeks utama di Bursa Saham New York (NYSE) mencatatkan kenaikan dalam penutupan pasaran minggu lalu. Para pelabur dilihat tidak mengendahkan pertambahan jumlah kes positif Covid-19 dan memberi fokus kepada saham gergasi teknologi di Amerika Syarikat (AS). Kenaikan Wall Street disumbang oleh kaunter-kaunter teknologi, barangan dan perkhidmatan pengguna.

Walaupun catatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat terus meningkat dan juga ketegangan antara AS-China yang berterusan, ia tidak menghalang lonjakan yang dibuat pada sesi dagangan terakhir minggu lalu.

Minggu lalu adalah tempoh yang meyakinkan kepada pasaran saham dengan indeks S&P 500 dan Nasdaq ditutup pada paras tertinggi yang baru. Hari Jumaat (21 Ogos 2020) lepas indeks S&P 500 berhasil mendapatkan keuntungan semula selepas jatuh disebabkan tekanan oleh pandemik Covid-19.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam sesi akhir dagangan hari Jumaat saham Apple melonjak sebanyak 5% hingga mencapai rekod tertinggi dengan nilai pasaran melebihi US$2 trillion. Jangkaan bahawa syarikat-syarikat teknologi tidak terkesan bahkan semakin kukuh semasa pandemik, telah menolak indeks S&P 500 dan Nasdaq lebih kukuh.

Berikut adalah empat catalyst yang akan menjadi perhatian pelabur saham global pada minggu ini.

Perkembangan Vaksin Covid-19

Minggu lalu Amerika Syarikat merekodkan tambahan kes kematian rendah di mana pertama kali kes kematian dicatatkan kurang daripada angka 1,000. Tetapi kini Mexico telah melebihi 60,000 kematian dengan statistik kekal tinggi di UK, Perancis, Itali dan Greece.

Isu penularan ini adalah salah satu petunjuk utama kepada keyakinan pelabur dan penduduk dunia ketika ini. Antara petunjuk positif yang memberikan sentimen positif kepada pasaran adalah; 1. kemajuan dalam penghasilan vaksin, 2. tiada peningkatan mendadak dalam kes baru seterusnya kawalan pergerakan dapat dilonggarkan, 3. kerajaan dapat membuka semula ekonomi sepenuhnya.

Terbaru Presiden Trump juga telah mengumumkan rawatan dengan menggunakan plasma darah daripada penghidap yang telah sembuh dari wabak tersebut pada Ahad.

Republikan VS Demokrat

Nampaknya rundingan di Kongres AS terpaksa ditangguhkan pada minggu ini bagi memberi laluan kepada Konvension Parti Republikan. Rangsangan baru ekonomi khususnya bantuan kewangan rakyat AS terpaksa ditangguhkan sekali lagi dan kini ia sudah hampir sebulan selepas bantuan terakhir diterima pada hujung bulan Julai.

Sebelum ini jutaan rakyat Amerika Syarikat mendapat bantuan kewangan US$600 seminggu sebagai rangsangan agar golongan yang kehilangan pekerjaan dapat meneruskan kehidupan dalam tempoh sukar penularan Covid-19.

Dengan cadangan Parti Demokrat untuk memberikan dana US$25 billion kepada perkhidmatan pos untuk menjalankan pilihanraya yang selamat telah dipersetujui, maka berkemungkinan rangsangan baru Covid-19 bakal terlaksana dalam masa beberapa minggu lagi dan bakal menjadi catalyst penting kepada pasaran saham global.

Tumpuan Kepada Jerome Powell

Para pelabur akan cuba mendapatkan sebarang isyarat tentang bagaimana Federal Reserve (The Fed) menguruskan pemulihan ekonomi dalam ucapan yang akan disampaikan oleh Pengerusi bank pusat Amerika Syarikat pada hujung minggu ini di konferens Jackson Hole.

Sejak dahulu lagi pengerusi-pengerusi The Fed sering menggunakan pentas Jackson Hole bagi mendedahkan perubahan dalam dasar monetari dan disebabkan itu ia menjadi perhatian penting para pelabur, pedagang dan pihak media setiap tahun.

Kali ini konferens Jackson Hole hanya dijalankan secara maya, pertama kali konferens video dijalankan sejak 40 tahun lalu disebabkan pandemik. Antara perkara yang jadi tumpuan adalah sebarang komen tentang bagaimana bank pusat cuba merangsang lagi ekonomi agar pemulihan menjadi lebih kukuh.

Perang Dingin AS-China

Kedua-dua negara mempunyai egonya sendiri kerana kuasa yang ada di tangan mereka. Oleh sebab itu, dua negara besar ini tidak akan menerima pendapat daripada negara ketiga dalam memperbaiki hubungan antara mereka yang keruh sejak penghujung tahun 2016.

Walaupun dunia berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang merisikokan pertumbuhan ekonomi dunia, tetapi dua negara ini tidak cuba untuk memperbaiki hubungan bagi memperbaiki sentimen pasaran dunia, bahkan ia dilihat semakin buruk dengan perkembangan perang teknologi.

Berkemungkinan ketegangan AS-China akan lebih berfokus kepada ketenteraan dan teknologi dan dijangka berterusan dalam jangka masa lama. Jadi apakah yang mungkin berlaku kepada China yang lebih banyak disadvantage dalam hal ini? China memang tertekan dengan tekanan terkini di mana Presiden Trump cuba menghalang kemasukan aplikasi-aplikasi media sosial dari China ke Amerika Syarikat. Kita cuba tunggu dan lihat bagaimana keseriusan isu ini dari masa ke semasa, kerana hanya masa akan menentukan besar atau kecil risikonya kepada pasaran antarabangsa.

Yang terdekat kita akan menunggu keputusan pengambil alihan TikTok oleh syarikat Microsoft dari syarikat Bytedance menjelang pilihanraya Presiden AS pada November.

Sumber Rujukan:

  • Investing.com
  • thejapantimes.com

Share1052ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In