• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham mewah terpilih yang diterajui oleh saham kewangan berikutan kekurangan petunjuk baharu.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.39 peratus atau 6.22 mata kepada 1,570.90 daripada 1,577.12 semasa ditutup pada Jumaat.

FBM KLCI dibuka tinggi 1.43 mata kepada 1,578.55 dan bergerak antara 1,570.37 dan 1,581.27 sepanjang sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 537 berbanding 492, manakala 374 kaunter tidak berubah, 615 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 5.61 bilion saham bernilai RM3.07 bilion.

Seorang penganalisis berkata setakat ini, indeks petunjuk pasaran tidak dapat melepasi paras halangan pada 1,600, walaupun sokongan belian berterusan daripada permodalan kecil dan saham berharga rendah. FBM KLCI merosot 0.11 peratus pada minggu lepas untuk ditutup kepada 1,577.12 mata. 

Sementara itu, Kenanga Research berkata pada minggu akan datang terdapat banyak pengumuman pendapatan daripada syarikat yang tersenarai, yang perlu mengeluarkan laporan suku tahunan mereka April hingga Jun pada akhir Ogos.

Antara keputusan yang dinantikan ialah daripada Kossan Rubber (Selasa), CIMB (Rabu), Genting Bhd, Genting Malaysia, Maybank (Khamis), dan Tenaga (Jumaat).

Dari segi data makro ekonomi, statistik perdagangan luar untuk Julai dijadualkan pada Jumaat.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM7.51, Top Glove merosot enam sen kepada RM27.94, Public Bank berkurangan 26 sen kepada RM17.04, Hartalega turun 48 sen kepada RM17.26, manakala Tenaga tidak berubah pada RM11.00. 

Daripada saham cergas, Iris naik empat sen kepada 42 sen, manakala Lambo dan PWorth, masing-masing meningkat setengah sen kepada 5.5 sen dan empat sen.

Hartalega disenaraikan sebagai kaunter paling rugi, diikuti Kossan Rubber yang susut 44 sen kepada RM15.96 dan Panasonic berkurangan 34 sen kepada RM31.20.

Kaunter paling untung, Timberwell dan PPB Group, masing-masing meningkat 14 sen kepada 63.5 sen dan RM19.58, manakala Solution Group naik 13 sen kepada 60.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 26.59 mata kepada 11,323.49, Indeks FBMT 100 merosot 30.76 mata kepada 11,128.48, manakala FBM 70 naik 11.13 mata kepada 14,747.41.

Indeks FBM Emas Shariah susut 9.06 mata kepada 13,420.75, manakala FBM ACE naik 31.04 mata kepada 10,952.92.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 72.82 mata kepada 12,953.67, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.36 mata kepada 141.91, manakala Indeks Perladangan meningkat 17.30 mata kepada 7,056.96.

— BERNAMA    

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In