• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pada Sesi Awal Dagangan Minggu Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang sederhana dalam hampir semua saham berkaitan indeks selain menjejaki kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.00 mata kepada 1,579.12 daripada 1,577.12 semasa ditutup sebelum ini.

FBM KLCI dibuka tinggi 1.43 mata kepada 1,578.55.

Di pasaran lebih luas, terdapat 370 kaunter untung dan 101 kaunter rugi, manakala 294 kaunter tidak berubah, 1,253 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 473.74 juta saham bernilai RM189.95 juta.

Pasaran saham AS meningkat berikutan Dow naik 0.7 peratus, manakala S&P 500 (+0.3 peratus) dan Nasdaq (+0.7 peratus) ditutup pada paras tertinggi baharu berikutan data Indeks Pengurus Pembelian AS yang lebih kukuh daripada jangkaan awal.

Bagi hari akan datang, Malacca Securities Sdn Bhd berkata dengan kekurangan petunjuk baharu, FBM KLCI dijangka berada dalam jajaran kecil berikutan kenaikan yang terjejas oleh aktiviti pengambilan untung.

Katanya pelabur akan terus menerima pengumuman mengenai pendapatan korporat untuk menilai semula strategi pelaburan mereka.

“Kita akan turut menyaksikan aktiviti dagangan dalam kalangan saham berharga rendah, yang disokong oleh mudah tunai tanpa gangguan berikutan pelabur terus mencari hasil yang lebih tinggi dalam pasaran ekuiti. 

“Mengenai prospek teknikal, kami berpendapat 1,600 sebagai paras halangan segera, diikuti 1,615,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga, masing-masing tidak berubah pada RM7.55 dan RM11.00, Top Glove menambah 24 sen kepada RM28.24, Public Bank susut dua sen kepada RM17.28, manakala Hartalega jatuh 10 sen kepada RM17.64. 

Dalam kalangan saham cergas, PWorth dan Lambo, masing-masing naik setengah sen kepada empat sen dan 5.5 sen, dan XOX menambah 1.5 sen kepada 22.5 sen. 

Top Glove merupakan kaunter paling untung, diikuti Pharmaniaga yang naik 21 sen kepada RM4.54 dan MSCM meningkat 20 sen kepada RM1.70. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.05 mata kepada 11,372.13, Indeks FBMT 100 meningkat 17.67 mata kepada 11,176.91, dan FBM 70 menambah 37.13 mata kepada 14,773.41.

Indeks FBM Emas Shariah menokok 30.18 mata kepada 13,459.99 dan FBM ACE melonjak 102.02 mata kepada 11,023.90.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 11.24 mata kepada 13,037.73, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.62 mata kepada 142.89, dan Indeks Perladangan naik 4.80 mata kepada 7,044.46.

— BERNAMA    

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In