• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Pertumbuhan KLK Kekal Konsisten, Didorong Landasan Perluasan Organik Yang Stabil – Kenanga

in Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Pertumbuhan KLK Kekal Konsisten, Didorong Landasan Perluasan Organik Yang Stabil – Kenanga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Pertumbuhan keuntungan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) dijangka kekal konsisten didorong landasan perluasan bukan organik dan organiknya yang stabil, menurut penyelidikan Kenanga Investment Bank.

Pada Rabu, syarikat perladangan itu melaporkan keuntungan bersih yang melonjak kepada RM368.69 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 Jun, 2020 daripada RM48.61 juta pada tempoh sama 2019.

Perolehan meningkat kepada RM3.71 bilion daripada RM3.70 bilion bagi tempoh yang sama.

Kenanga berkata penyelidikannya turut berhati-hati memandangkan harga minyak sawit mentah (MSM) masih dijangka boleh mengalami tekanan dalam tempoh terdekat kerana berada di musim pengeluaran yang memuncak.

KLK dijangka mencatatkan peningkatan berturut-turut pada suku keempat, memandangkan harga MSM lebih tinggi (+17 peratus suku ke suku), ditambah dengan jangkaan pertambahan tandan buah segar (FFB) (+ 3.7 peratus suku ke suku) sebanyak 1.05 juta tan.

“Kami yakin suku keempat tahun kewangan 2020 dapat menyaksikan peningkatan keuntungan berturut-turut. Bagaimanapun, ia sebahagiannya dineutralkan oleh kesan kenaikan harga sumber bahan mentah bagi bahagian hiliran,” menurut Kenanga.

Ia berkata saham ini akan mencatatkan prestasi baik dalam pasaran dengan harga sasaran RM23.10.

Penyelidikan oleh dua entiti, CGS-CIMB Securities dan MIDF Bhd masing-masing mengekalkan saranan ‘pegang’ dan ‘neutral’ ke atas saham itu.

CGS-CIMB berkata keuntungan perladangan sebelum faedah dan cukai melonjak 430 peratus kepada RM217 juta (pendapatan suku tahunan terbaik sejak suku kedua tahun kewangan 2019).

ia berkata prestasi itu didorong harga MSM lebih tinggi (+13 peratus tahun ke tahun kepada RM2,239 satu tan), pengeluaran FFB lebih tinggi (+6 peratus tahun ke tahun), keuntungan pertukaran asing yang tidak direalisasikan sebanyak RM52.8 juta, dan kenaikan sumbangan daripada segmen pemprosesan dan perdagangan.

“Bagaimanapun, bahagian hartanahnya mencatatkan penurunan pendapatan 35 peratus tahun ke tahun disebabkan penjualan hartanah yang lebih lembap,” menurutnya.

CGS-CIMB mengulangi saranan pegang ke atas KLK namun pada harga sasaran lebih tinggi RM23.65.

MIDF menerusi nota penyelidikannya pula berkata ia mengunjurkan prestasi segmen oleokimia KLK kekal berdaya tahan, disokong oleh operasi di Malaysia dan China.

“Kami juga melihat ada kelemahan pendapatan yang berpunca daripada segmen hartanah. Kami menjangkakan prestasi segmen ini akan terus mengalami tekanan dalam tempoh akan datang.

“Selain itu, pembayaran dividen yang konsisten, yang memberikan hasil kira-kira dua peratus, akan lebih menarik minat para pelabur untuk kekal memiliki saham ini,” menurutnya.

Bank pelaburan itu mengekalkan harga sasaran KLK pada RM20.19.

Setakat pukul 3 petang, saham KLK naik 6 sen kepada RM22.66 dengan 114,700 unit bertukar tangan.

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

6 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

6 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

6 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In