• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kumpulan Penghancur Biji Minyak India Seru Cukai Import Minyak Masak Dinaikkan

in Berita
A A
Kumpulan Penghancur Biji Minyak India Seru Cukai Import Minyak Masak Dinaikkan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

NEW DELHI, 20 Ogos  (Bernama) — Kumpulan penghancur biji minyak India telah menyeru kerajaan untuk meningkatkan cukai import ke atas minyak makan sebagai sebahagian daripada cadangan bagi membolehkan India membangunkan keupayaan sendiri dalam sektor itu.

Mereka mencadangkan peningkatan duti ke atas kelapa sawit mentah (MSM) daripada 37.5 peratus kepada 50 peratus, minyak kacang soyak, minyak bunga matahari dan lain-lain minyak  (35 peratus kepada 45 peratus).

Penggunaan tahunan India dijangka meningkat daripada kira-kira 23 juta tan kepada 27.8 juta menjelang 2025, kata Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) yang berpangkalan di Mumbai.

India yang amat bergantung kepada import minyak masak iaitu sebanyak 70 peratus, membelanjakan sekitar US$10 bilion setiap tahun bagi memenuhi permintaan pengguna. 

Minyak kelapa sawit merangkumi kira-kira 9 juta tan daripada mport minyak makan sebanyak 15 juta tan.

SEA sedang melobi kerajaan untuk menambah pengeluaran biji minyak domestik dan meningkatkan halangan terhadap import 

Dalam cadangan terbaharunya kepada kerajaan, kumpulan perdagangan itu berkata pengimportan minyak makan dari negara jiran di bawah perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Asia Selatan harus dikawal ketat dan import minyak yang ditapis wajar dihadkan atau dilarang.

Katanya, India perlu menaikkan pengeluaran biji minyak tempatan daripada 30 juta tan sekarang ini kepada 54 juta tan menjelang 2025 atau bersamaan dengan 18 juta tan minyak, untuk mengurangkan import kepada 10 juta tan minyak. 

India mengimport minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia, manakala pembekal minyak-minyak lain terdiri daripada Brazil, Argentina, Ukraine dan Rusia.

Negara itu sedang berusaha mengurangkan kebergantungan import termasuk menambah lebih banyak kawasan untuk ditanam sebagai ladang kelapa sawit.

Menurut SEA, terdapat potensi bagi meningkatkan penanaman kelapa sawit kepada 1.9 juta berbanding 300,000 hektar sekarang. 

Ia meminta kerajaan untuk mensasarkan tambahan 5 juta hektar kawasan untuk ladang kelapa sawit dalam tempoh lima tahun akan datang.

— BERNAMA

Share233ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In