fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Aktiviti belian ketara membabitkan saham-saham berkaitan indeks, didahului pengeluar sarung tangan dan penjagaan kesihatan terbukti turut memacu indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini secara positif serta seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau, kata peniaga.

Sewaktu ditutup, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.74 mata kepada 1,577.12 daripada 1,575.38 pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 0.59 mata kepada 1,574.79 dan bergerak dalam aliran dagangan tidak menentu sekitar 1,568.98 hingga 1,579.01 pada dagangan hari ini.

Keuntungan yang diraih Top Glove, Hartalega dan IHH Healthcare terbukti menyumbang sejumlah 12.27 mata kepada indeks komposit berkenaan.

Sentimen pasaran secara amnya adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu  708 berbanding 390 manakala 385 kaunter lain tidak berubah, 530 tidak diniagakan dan 25 lain digantung.

Jumlah dagangan bagaimanapun berkurangan kepada 7.73 bilion saham bernilai RM5.02 bilion daripada 8.56 bilion saham bernilai RM7.01 bilion pada Rabu.

Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya ditutup pada Khamis bersempena cuti umum Maal Hijrah.

Di peringkat serantau, pasaran-pasaran Asia kebanyakannya meningkat, didahului oleh KOSPI Korea Selatan yang menokok 1.34 peratus, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.30 peratus manakala Indeks Straits Times Singapura menambah  0.2 peratus.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata pendapatan positif yang dicatatkan oleh kaunter dalam Indeks FBM KLCI seperti Petronas Gas juga menunjukkan ia tidak terkesan dengan peningkatan kadar pengangguran Amerika Syarikat, sekali gus memberi kenaikan kecil untuk persekitaran pasaran tempatan.

“Bagi asas setakat tahun ini, FBM KLCI terus menjadi pasaran dengan prestasi terbaik di ASEAN apabila hanya susut 0.7 peratus,” katanya kepada Bernama.

Jumlah rakyat Amerika Syarikat yang mendaftar bagi membuat tuntutan baharu manfaat pengangguran telah kembali melepasi angka tiga juta pada minggu lepas yang memburukkan lagi keadaan pasaran kerja di negara maju itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Seorang lagi peniaga berkata harapan bagi melihat kehadiran vaksin COVID-19 yang terus ketara, juga membantu prestasi bursa pada hari ini.

Saham-saham wajaran tinggi menyaksikan Top Glove untung 86 sen kepada RM 28.00, Hartalega meningkat 54 sen kepada RM 17.74 manakala IHH Healthcare menambah 21 sen kepada RM 5.58.

Maybank sebaliknya susut sembilan sen kepada RM7.55, Public Bank rugi 18 sen kepada RM17.30, Petronas Chemicals berkurangan lima sen kepada RM6.15 manakala Tenaga tidak berubah pada RM11.00.

Laporan media menyatakan Maybank adalah antara pemberi pinjaman terbesar di Malaysia untuk Genting Hong Kong Ltd dengan pendedahan pinjaman berjumlah US$350 juta, namun pembayaran berkaitan berkemungkinan besar digantung ekoran pengendali kapal persiaran yang berpejabat di Hong Kong itu terpaksa menjimatkan tunainya untuk terus beroperasi.

Petronas Gas yang sebelum ini melaporkan prestasi keuntungan bersih yang lebih baik bagi suku kedua, meningkat 46 sen kepada RM16.84.

Bagi saham-saham paling aktif, XOX meraih 1.5 sen kepada 21 sen, Solution meningkat 18.5 sen kepada 47.5 sen, Pegasus susut setengah sen kepada tiga sen manakala DGB tidak berubah pada 5.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menambah 51.84 mata kepada 11,350.08, Indeks FBM Emas Syariah menokok 149.44 mata kepada 13,429.81 manakala FBM 70 melonjak 195.26 mata kepada 14,736.28.

FBM ACE melonjak 640.36 mata kepada 10,921.88 dan FBMT 100 Indeks meningkat 46.56 mata kepada 11,159.24.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 19.12 mata kepada 7,039.66, Indeks Produk Industri dan Perkhidmatan menambah 0.39 mata kepada 142.27 namun  Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 91.2 mata kepada 13,026.49.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada meningkat kepada 4.08 bilion saham bernilai RM3.69 juta berbanding 3.88 bilion saham bernilai RM4.89 bilion pada Rabu.

Perolehan waran berkurangan kepada 543.82 juta unit bernilai RM168.75 juta berbanding 650.25 juta unit bernilai RM249.14 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 3.1 bilion saham bernilai RM1.16 bilion daripada 4.02 bilion saham bernilai RM1.86 bilion pada Rabu.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 999.32 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (981.16 juta), pembinaan (142.14 juta), teknologi (439.07 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (43.96 juta), hartanah (561.03 juta), perladangan (604.04 juta), REIT (5.95 juta), dana tertutup (100), tenaga (449.91 juta), penjagaan kesihatan (70.94 juta), telekomunikasi dan media (88.07 juta), pengangkutan dan logistik (193.58 juta)  dan utiliti (44.12 juta).

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

24 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In