fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Penjualan Saham Wajaran Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk dibuka rendah hari ini, diseret turun oleh penjualan saham berwajaran tinggi utama dalam keadaan bursa-bursa serantau mencatatkan prestasi bercampur-campur, kata peniaga.

Pada pukul 9.09 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.92 mata kepada 1,573.46 daripada 1,575.38 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks barometer itu dibuka 0.59 mata lebih rendah pada 1,574.79.

Bagi keseluruhan pasaran, sebanyak 280 kaunter untung; 270 kaunter rugi; 291 kaunter tidak berubah, 1,172 kaunter tidak diniagakan manakala 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 543.36 juta saham bernilai RM401.47 juta.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup semalam bagi cuti umum sempena sambutan awal Muharam.

Remisier Maybank Investment Bank, Jeffry Azizi Jaafar berkata susulan aliran menurun yang dicatatkan pada Rabu, Bursa kemungkinan mengalami prestasi tidak banyak berubah jangka pendek hari ini dengan FBMKLCI dijangkakan di antara 1,500 dengan 1,600.

“(Dagangan di Bursa) adalah dalam situasi ketidaktentuan politik tempatan, pelaporan kewangan korporat yang lemah, peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 dan ketegangan geopolitik Amerika Syarikat-China,” katanya kepada Bernama.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank turun 12 sen kepada RM7.52, Top Glove susut 24 sen kepada RM26.90, Tenaga kurang empat sen kepada RM10.96, sementara Hartalega dan Petronas Chemicals masing-masing menguncup 12 sen kepada RM17.08 dan RM6.08.

Bagaimanapun, Public Bank naik 10 sen kepada RM17.58.

Antara saham aktif, Solution naik 17.5 sen kepada 46.5 sen, XOX menokok setengah sen kepada 20 sen, Systech menambah tiga sen kepada 25.5 sen dan Fintec meningkat satu sen kepada 14 sen.

Genting Malaysia turun tujuh sen kepada RM2.23 dan Hubline turun setengah sen kepada 6.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 14.89 mata kepada 11,283.35, Indeks FBMT 100 turun 14.6 mata kepada 11,098.07 dan FBM 70 kurang 23.31 mata kepada 14,517.7.

Indeks FBM Emas Syariah naik 1.62 mata kepada 13,281.98 dan FBM ACE menambah 18.37 mata kepada 10,299.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 37.87 mata kepada 13,079.82, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.6 mata kepada 141.28 namun Indeks Perladangan meningkat 78.57 mata kepada 7,099.11.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In