fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pemegang Saham Lulus Cadangan Terbitan Bonus Dua Untuk Satu Top Glove

in Berita
A A
Ambil Tahu 11 Perkara Ini  Sebelum Nak Melabur Saham Top Glove  (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Pemegang saham Top Glove Corporation Bhd telah meluluskan cadangan terbitan bonus dua untuk satu pada 20 Julai lepas, tahun ini, pada mesyuarat agung luar biasa diadakan secara maya.

Terbitan bonus itu bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham pembuat sarung tangan dan membolehkan mereka mempunyai penyertaan yang lebih besar dalam ekuiti kumpulan itu daripada segi jumlah saham dan pada masa yang sama mengekalkan peratusan kepentingan ekuiti mereka

Ia juga membolehkan penyertaan daripada pelabur yang pelbagai, kata Top Glove.

Pada penutup, saham Top Gloves melonjak RM3.66 kepada RM26.08 seunit.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata Top Glove telah membayar dividen berjumlah RM1.84 bilion dengan jumlah pulangan pemegang saham yang memberangsangkan sebanyak 40,332 peratus atau 403 kali, sejak  tawaran awam permulaan (IPO) pada 20 tahun lepas.

“Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan kami menambah nilai untuk pemegang saham kami dan pihak berkepentingan lain juga.” katanya.

Langkah itu akan memerlukan terbitan sehingga 5.48 bilion saham bonus di Top Glove berdasarkan saham bonus dua untuk setiap saham Top Glove yang sedia ada yang dipegang pada tarikh kelayakan pada 4 September, 2020, dijadualkan selesai pada 7 September, 2020.

Ini adalah terbitan bonus kelapan syarikat selepas menyelesaikan tujuh terbitan bonus dan pelaksanaan pembahagian saham sejak penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada tahun 2001.

Tanpa terbitan bonus dan pembahagian saham tersebut, harga saham syarikat pada 18 Ogos, 2020 adalah RM 1,063.

— BERNAMA 

Share484ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In