• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pelabur Runcit Perlu Analisis, Teliti Asas Syarikat Sebelum Melabur

in Berita
A A
Pelabur Runcit Perlu Analisis, Teliti Asas Syarikat Sebelum Melabur
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Kalangan pelabur runcit, khususnya yang baru berkecimpung dalam bidang pelaburan saham, diingatkan supaya mengelak daripada bertindak melulu mengikut emosi, spekulasi serta berpandukan ‘pelaburan selebriti’ tidak berlesen yang dipaparkan di media-media sosial.

Sebaliknya, tegas Bursa Malaysia Bhd, mereka perlu menganalisis dan meneliti asas-asas syarikat terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan dalam pasaran saham bagi mengelak terperangkap dalam keadaan sukar.

Malah, mereka juga perlu menjalankan penyelidikan dan penilaian sewajarnya yang disifatkan sebagai asas untuk pelabur kali pertama agar dapat membuat keputusan pelaburan yang lebih bermaklumat selain menyedari bahawa pelaburan mereka sepadan dengan minat risiko dan sasaran pelaburan masing-masing.

“Selain daripada membuat keputusan bersandarkan perspektif asas dan teknikal seperti dimaklumkan sewajarnya, para pelabur juga perlu berhati-hati terhadap kaedah promosi tertentu seperti menerusi video tertentu yang memaparkan kalangan selebriti yang tidak berlesen,” kata Bursa Malaysia kepada Bernama menerusi e-mel, baru-baru ini.

Nasihat Bursa Malaysia itu dikeluarkan susulan peningkatan ketara jumlah dagangan di bursa tempatan yang mencecah paras tertinggi selepas ramai pelabur runcit membanjiri pasaran ekuiti di tengah-tengah penularan COVID-19 dan seterusnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac, 2020.

Menurut pengendali bursa itu, terdapat kebimbangan bahawa pelabur mudah terpengaruh dengan emosi dan gerak hati yang sebaliknya boleh menyebabkan mereka terperangkap dalam kedudukan yang sukar.

“Walaupun kami terus dapat menarik lebih banyak penyertaan runcit dalam pasaran, namun pada masa sama kami juga menggalakkan supaya tumpuan turut diberikan kepada usaha meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Bursa turut menyifatkan pendidikan pelaburan sebagai agenda penting, bukan saja untuk mengekalkan aktiviti runcit tetapi bagi meningkatkan kualiti kegiatan itu menerusi penambahbaikan perlindungan pelabur.

“Sebahagian besar kajian telah merumuskan bahawa kadar penyertaan pasaran akan meningkat secara ketara jika semua pelabur mendapat makluman dan menyedari mengenai risiko terbabit.

“Individu yang celik kewangan juga lazimnya dapat menangani kejutan makroekonomi dengan lebih baik,” katanya.

Sehubungan itu, ia menggalakkan kalangan pelabur runcit khususnya yang baharu untuk memanfaatkan sumber-sumber yang ditawarkan secara percuma seperti Bursa Marketplace dan Bursa Academy.

Sementara itu, menyentuh kenaikan mendadak jumlah dagangan yang mencecah paras tertinggi sebanyak 27.8 bilion pada 11 Ogos, 2020, Ketua Penyelidikan Malacca Securities Sdn Bhd Loui Low sebaliknya bimbang bahawa dagangan itu berasaskan spekulasi dan kalangan ‘guru-guru pelaburan’ tidak berlesen di media sosial dan tidak berdasarkan asas-asas syarikat terbabit.

“Sekiranya pasaran itu menjadi sebaliknya, mereka akan terperangkap dalam kaunter-kaunter yang ditawarkan pada harga tinggi,” katanya.

Pelabur runcit melonjak kepada 30.8 peratus pada Jan-Julai 2020

Maklumat Bursa Malaysia menunjukkan pelabur runcit tempatan dan asing mewakili 30.8 peratus daripada jumlah pelabur di pasaran ekuiti tempatan bagi tempoh Jan-Julai 2020 berbanding 20.5 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.

Penyertaan institusi tempatan dan asing berkurangan kepada 50.3 peratus pada Jan-Julai 2020 berbanding 65.5 peratus pada tempoh sama, setahun lepas.

Dari segi nilai dagangan, statistik Bursa Malaysia menunjukkan bahawa bagi Januari hingga Julai lepas, nilai Pasaran ACE meningkat 400 peratus kepada RM 252.45 bilion daripada RM50.45 bilion dalam tempoh sama tahun lepas manakala di Pasaran Utama turut melonjak 87.44 peratus kepada RM492.29 bilion daripada RM262.64 bilion sebelum ini.

Lima sektor utama didagangkan oleh peruncit adalah produk dan perkhidmatan industri (menyumbang 21.60 peratus kepada jumlah nilai dagangan keseluruhan), penjagaan kesihatan (19.59 peratus), teknologi (16.20 peratus), produk dan perkhidmatan pengguna (12.48 peratus) dan tenaga (7.34 peratus).

“Selain itu, walaupun saham-saham sarung tangan getah telah meraih minat yang ketara, pelabur juga bertindak mempelbagaikan pegangan dalam sektor lain yang menunjukkan strategi bagi kemajuan masa depan,” katanya.

Akaun CDS baharu melonjak 125 peratus 

Dalam pada itu, Bursa Malaysia berkata setakat Julai 2020, akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) baharu melonjak 125 peratus kepada 218,016 berbanding  97,027 akaun bagi tempoh sama tahun lepas.

 “Malah, perlu dinyatakan bahawa bilangan akaun CDS yang dibuka dalam tempoh tujuh bulan pertama 2020 adalah melebihi angka 2019 sebanyak 158,130,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia, 78 peratus daripada jumlah akaun CDS baharu tahun ini membabitkan pelabur berusia 45 tahun dan ke bawah.

 “Walaupun usaha mendapatkan pelabur runcit ke dalam pasaran diutamakan, namun aspek pendidikan pelabur turut menjadi agenda penting bagi memastikan pasaran terus mampan dalam jangka panjang.

 “Kami juga terus memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat kepada orang ramai selain berusaha menjangkaui pelabur generasi baharu,” katanya.

— BERNAMA

Share231ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In