fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Optimax Disenaraikan Di Bursa Pada 71 Sen, Premium Sebanyak 41 Sen

in Berita
A A
Optimax Disenaraikan Di Bursa Pada 71 Sen, Premium Sebanyak 41 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Optimax Holdings Bhd, penyedia perkhidmatan pakar mata persendirian, mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 71 sen, premium sebanyak 41 sen daripada harga tawaran 30 sen.

Ketika dibuka pagi ini, kaunter itu menyaksikan sejumlah 14.59 juta saham bertukar tangan.

Mengulas mengenai penyenaraian syarikat, ketua pegawai eksekutif Sandy Tan berkata kumpulan itu gembira dengan prestasi kaunter syarikat ketika mula disenaraikan.

“Kami memang menjangkakan harga syarikat akan tinggi (pada sesi pembukaan) tetapi tidak menyangka setinggi ini,” kata beliau kepada pemberita selepas penyenaraian saham syarikat di Pasaran ACE di sini, hari ini.

Optimax merancang menggunakan 49.31 peratus atau RM10.35 juta daripada RM21 juta yang diperoleh menerusi tawaran awam permulaan (IPO) untuk perbelanjaan modal, 16.76 peratus atau RM3.52 jua untuk pembayaran semula pinjaman, 6.79 peratus atau RM3.53 juta untuk modal kerja dan 17.14 peratus atau RM3.60 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.

Sandy berkata kumpulan merancang memenuhi keperluan komuniti bandar di wilayah tengah Semenanjung Malaysia dengan memperluaskan rangkaian pusat rawatan/penjagaan “ambulatory” (keupayaan berjalan dari segi penjagaan kesihatan) dengan menukar pusat pakar Seremban sedia ada kepada pusat rawatan “ambulatory”.

Syarikat juga akan menaik taraf pusat-pusat sedia ada yang lain dengan membeli peralatan baharu.

“Penyenaraian awam ini mengukuhkan lagi profil korporat Optimax dan ia merupakan langkah pertama untuk membuat pelabur mengetahui perniagaan kami dengan lebih baik sejak kami memulakan operasi klinik pakar mata yang pertama pada tahun 1995,” tambah beliau.

Setakat ini, Sandy berkata syarikat itu mempunyai 13 pusat pakar mata terdiri daripada satu hospital pakar, 11 pusat rawatan “ambulatory” dan satu klinik pakar yang dimiliki secara penuh atau bersama dengan pakar bedah mata residen.

“Walaupun kami telah berkembang pesat dalam beberapa tahun ini dengan beberapa pengambilalihan di wilayah tengah dan selatan semenanjung pada 2017, penyenaraian Optimax memberikan dana untuk kami memperluaskan pasaran dan merealisasikan rancangan terdekat kami,” kata beliau.

— BERNAMA

Share1831ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In