• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Didorong Oleh Top Glove Dan Hartalega

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia bertentangan dengan trend bursa serantau yang ditutup kukuh hari ini, dengan indeks utama ditutup pada paras tertinggi harian, didorong oleh Top Glove dan Hartalega yang mencatatkan peningkatan.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi 17.11 mata atau 1.1 peratus kepada 1,577.85 daripada 1,560.74 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks utama, yang dibuka rendah 1.1 mata kepada 1,559.64, bergerak kepada paras serendah 1,557.25 pada satu masa.

Top Gloves dan Hartalega, masing-masing meningkat semula dengan kukuh selepas jualan besar-besaran baru-baru ini, naik RM3.66 kepada RM26.08 dan RM2.00 kepada RM17.56. 

Kenaikan dalam kedua-dua saham tersebut menyumbang 33.368 mata kepada peningkatan indeks komposit.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata saham pengeluar sarung tangan naik semula daripada penurunan berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah.

“Semua kaunter sarung tangan merosot daripada paras tertinggi mereka pada Isnin berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan cukai keuntungan luar biasa ke atas keuntungan yang melebihi biasa oleh pengeluar sarung tangan. 

“Didapati tiada kaunter sarung tangan dimaklumkan mengenai cukai ini. Itu membantu sentimen pulih hari ini, justeru, aktiviti belian saham pada harga rendah,” katanya kepada Bernama.

Pengerusi Top Glove Corp Bhd Tan Sri Dr Lim Wee Chai dilaporkan berkata syarikat dan Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia tidak dimaklumkan oleh kerajaan mengenai pelaksanaan cukai keuntungan luar biasa.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah dilaporkan berkata kerajaan belum membuat keputusan sama ada mengenakan cukai keuntungan luar biasa ke atas industri yang mencatatkan prestasi yang baik semasa pandemik.

Bercakap di Parlimen semalam, beliau bagaimanapun berkata Putrajaya “mempunyai dasar yang luas”.

Daripada saham sarung tangan getah yang lain, Supermax meningkat RM4.10 kepada RM20.80 manakala Kossan Rubber naik RM2.32 kepada RM16.00.

Jumlah dagangan di Bursa meningkat kepada 10.6 bilion saham bernilai RM6.92 bilion daripada 8.79 bilion saham bernilai RM4.95 bilion pada Isnin.

Suasana pasaran meningkat dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 665 berbanding 446, manakala 371 kaunter tidak berubah, 529 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Daripada saham wajaran tinggi, Tenaga meningkat empat sen kepada RM11.16 dan IHH Healthcare menokok lima sen kepada RM5.42.

Maybank merosot 18 sen kepada RM7.63, Public Bank susut 14 sen kepada RM17.66, dan Petronas Chemicals merosot 12 sen kepada RM6.15.

Dalam kalangan saham paling cergas, Borneo Oil dan DGB, masing-masing susut setengah sen kepada 6.5 sen dan 5.5 sen, XOX merosot satu sen kepada 19 sen, manakala Sapura Energy menambah setengah sen kepada 12.5 sen.

Optimax yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 38.5 sen kepada 68.5 sen, dengan 106.89 juta saham bertukar tangan.

Penyedia perkhidmatan pakar mata itu merancang untuk menggunakan 49.31 peratus daripada RM21 juta yang diraih melalui tawaran awam permulaan untuk perbelanjaan modal, 16.76 peratus untuk bayaran balik pinjaman, 16.79 peratus untuk modal kerja, dan 17.14 peratus untuk perbelanjaan penyenaraian.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 188.1 mata kepada 11,295.85, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 393.5 mata kepada 13,235.08 manakala Indeks FBMT 100 meningkat 181.0 mata kepada 11,118.02

FBM 70 melonjak 473.43 mata kepada 14,500.44 dan FBM ACE meningkat 577.88 mata kepada 10,438.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 159.6 mata kepada 13,177.12, Indeks Perladangan merosot 39.31 mata kepada 7,006.76, manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.1 mata kepada 141.01.

Main Market volume increased sharply to 5.62 billion shares worth RM5.06 billion compared with 4.75 billion shares valued at RM3.71 billion on Monday.

Jumlah dagangan waran naik kepada 647.87 juta unit bernilai RM232.29 juta daripada 510.44 juta unit bernilai RM184.18 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 4.34 bilion saham bernilai RM1.62 bilion daripada 3.53 bilion saham bernilai RM1.06 bilion pada Isnin.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 1.23 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.97 bilion), pembinaan (122.31 juta), teknologi (530.18 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.61 juta), hartanah (330.01 juta), perladangan (35.91 juta), REIT (15.71 juta), dana tertutup (27,500), tenaga (719.96 juta), penjagaan kesihatan (128.99 juta), telekomunikasi dan media (294.51 juta), pengangkutan dan logistik (162.89 juta), dan utiliti (33.82 juta).

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In