• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pada Sesi Awal Pagi Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada sesi awal dagangan pagi ini, diheret turun oleh aktiviti jualan dalam saham berwajaran tinggi di sebalik prestasi bercampur-campur pasaran serantau dan ketegangan yang sudah berkurangan antara Amerika Syarikat dan China.

Pada pukul 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.27 mata kepada 1,560.47 daripada penutup 1,560.74 semalam.

Indeks utama dibuka lemah sebanyak 1.1 mata kepada 1,559.64.

Indeks komposit diseret turun oleh kerugian dalam saham Hartalega, Petronas Chemicals dan Top Glove, dengan gabungan 6.113 mata.

Bagi pergerakan harga keseluruhan pasaran, saham rugi mengatasi untung dengan 252 berbalas 217 manakala 281 kaunter tidak berubah, 1,261 tidak diniagakan dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 807.62 juta saham bernilai RM327.83 juta.

Maybank Investment Bank dalam nota penyelidikannya berkata prestasi kukuh di pasaran semalaman AS telah bersedia untuk mencetuskan aktiviti belian semasa harga murah di pasaran domestik hari ini dengan minat belian mungkin tertumpu kepada sektor-sektor penjagaan kesihatan, tenaga dan teknologi.

“Secara teknikalnya, kami menjangkakan FBM KLCI akan terus berada pada julat antara 1,540 dan 1,600 hari ini. Sokongan ke bawah pula pada 1,540 dan 1,515,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.82, Public Bank meningkat 10 sen kepada RM17.90, Tenaga meningkat enam sen kepada RM11.18 sementara IHH Healthcare kekal pada RM5.37.

Top Glove jatuh 32 sen kepada RM22.10, Hartalega kerugian  34 sen kepada RM15.22 dan Petronas Chemicals susut 13 sen kepada RM6.14.

Saham-saham paling cergas, Borneo Oil kekal pada tujuh sen, Sapura Energy naik setengah sen kepada 12.5 sen, XOX turun 2.5 sen kepada 17.5 sen sementara Optimax mengukuh 36 sen kepada 66 sen.

Ajinomoto saham paling untung pagi ini, melonjak 66 sen kepada RM15.80 sementara saham paling rugi, Nestle menguncup RM1.80 kepada RM141.20.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 13.69 mata kepada 11,094.06, Indeks FBM Emas Shariah lebih rendah 42.66 mata kepada 12,798.92 dan Indeks FBMT 100 Index berkurangan 10.36 mata kepada 10,926.65.

Indeks FBM 70 lebih rendah 46.79 mata kepada 13,980.22 dan FBM ACE lemah 51.15 mata kepada 9,809.19.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 49.8 mata kepada 13,386.52, Indeks Perladangan untung 4.43 mata kepada 7,050.5 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.04 mata kepada 140.07.

— BERNAMA    

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In