fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

LPI Capital Catat Untung Bersih Suku Kedua Yang Tinggi Pada RM77.4 Juta

in Berita
A A
LPI Capital Catat Untung Bersih Suku Kedua Yang Tinggi Pada RM77.4 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Untung bersih LPI Capital Bhd meningkat kepada RM77.40 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 daripada RM70.78 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil pula mengukuh kepada RM399.55 juta daripada RM386.90 juta tahun ke tahun, dipacu terutamanya oleh pertumbuhan premium pendapatan kasar sebanyak 3.7 peratus atau RM13.6 juta daripada segmen insurans amnya.

Pengerusi dan pengasas LPI, Tan Sri Dr Teh Hong Piow berkata keyakinan pengguna dan sentimen perniagaan terjejas teruk kerana pandemik COVID-19 telah mencetuskan gangguan dalam bekalan permintaan dan mengakibatkan kerosakan dalam aktiviti ekonomi, sekali gus mengancam kemelesetan global.

“Beroperasi dalam tempoh tidak menentu yang belum pernah terjadi sebelum ini, LPI Group turut terkesan oleh sekatan pergerakan yang dikenakan dalam pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan gangguan aktiviti perniagaan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Permintaan untuk insurans amat lembap yang mana anak syarikat milik penuh LPI, Lonpac Insurance Bhd mencatatkan kemerosotan 7.0 peratus dalam pendapatan premium kasarnya kepada RM340.9 juta pada suku kedua 2020 daripada RM366.6 juta dalam tempoh suku yang sama sebelumnya.

Dengan aktiviti ekonomi yang perlahan semasa PKP, tuntutan yang dilaporkan juga rendah dalam tempoh April dan Mei tetapi kembali meningkat pada Jun untuk mencatatkan 45.6 peratus nisbah tuntutan untuk suku di bawah kajian.

Walaupun terdapat gangguan dalam aktiviti perniagaan, Lonpac berjaya mengekalkan prestasi untuk tempoh enam bulan pertama tahun kewangan 2020 dengan pendapatan premium kasar hanya susut 0.1 peratus kepada RM826.9 juta.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In