fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Ecoworld Jual Tanah Di Eco Business Park Bernilai RM53.3 Juta

in Berita
A A
Ecoworld Jual Tanah Di Eco Business Park Bernilai RM53.3 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Eco World Development Group Bhd memeterai perjanjian bagi menjual tanah perindustrian berkeluasan 6.6 hektar dalam projek Eco Business Park V (EBP V) di Puncak Alam, Selangor kepada Baosteel Can Making (Malaysia) Sdn Bhd, bernilai RM53.3 juta.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Chang Khim Wah berkata keputusan Baosteel mewujudkan perniagaan mereka di projek berkenaan akan menjadikannya sebagai taman perindustrian terbaik di Malaysia dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

“Kami gembira kerana Baosteel telah memilih EBP V sebagai kawasan kemudahan pembuatan baharunya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengeluar produk pembungkusan logam, Baosteel Malaysia dimiliki oleh Shanghai Baosteel Packaging Co. Ltd yang disenaraikan di Bursa Saham Shanghai, dan seterusnya anak syarikat China Baowu Steel Group Co. Ltd.

Baowu adalah perusahaan perintis bagi syarikat pelaburan modal milik negara dengan modal berdaftar RM52.79 renminbi (100 Yuan renminbi = RM60) dan skala aset melebihi 860 bilion renminbi.

Pada 2019, Baowu berada pada kedudukan ke-149 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500.

Menurut Chang, Eco World telah menerima banyak pertanyaan daripada usahawan luar negara susulan insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang berhasrat menempatkan semula kemudahan pembuatan mereka ke Malaysia.

Pengecualian cukai selama 10 hingga 15 tahun kepada pengeluar asing yang bersedia untuk melabur antara RM300 juta hingga RM500 juta atau melebihi RM500 juta telah mencetuskan kembali minat terhadap Malaysia.

Selain menjanjikan kelulusan lesen pembuatan yang pantas dalam tempoh dua hari bekerja bagi industri tidak sensitif, ini memberikan mesej jelas bahawa Malaysia amat terbuka untuk perniagaan, katanya.

“Kerjasama antara Baosteel dan EcoWorld menandakan pelaburan selanjutnya Baosteel di Asia Tenggara dan Baosteel berharap untuk menjalin kerjasama berikutnya dengan EcoWorld dalam lebih banyak bidang,” kata Pengarah Baosteel, Zhu Wei Lai.

— BERNAMA

Share297ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In