fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pada Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

Bursa Malaysia melantun daripada aliran menurun minggu lepas untuk dibuka tinggi pagi ini, dipacu terutamanya oleh harga minyak mentah yang lebih baik dan harapan baharu untuk perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Pada pukul 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.02 mata kepada 1,565.61 daripada 1,564.59 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka 2.65 mata lebih rendah pada 1,561.94.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran kembali positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 288 berbalas 162, manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,283 tidak diniagakan dan 22 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 437.64 juta saham bernilai RM196.18 juta.  

Naib Menteri Luar China Zheng Zeguang dilaporkan berkata hubungan China-AS amat penting pada masa ini dan usaha perlu dibuat untuk mengekalkan dan menstabilkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Seorang peniaga berkata ini telah mencetuskan harapan terhadap perjanjian perdagangan dengan jangkaan kajian semula ke atas perjanjian perdagangan fasa 1 yang sebelum ini ditangguhkan akan disambung semula.

Sementara itu, penanda aras minyak mentah Brent naik 0.42 peratus kepada AS$44.99 setong.

Bergerak ke hadapan terutama dalam dua minggu terakhir bulan ini, Malacca Securities Sdn Bhd percaya pelabur akan memberi tumpuan kepada kumpulan data pendapatan korporat yang dijangka suram secara keseluruhan, seiring dengan pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia minggu lepas.

“Walaupun kemeruapan pasaran masih lagi kekal, kami berpendapat sebarang penurunan sementara dalam sektor-sektor penjagaan kesihatan dan teknologi perlu dilihat kembali kerana permintaan yang kuat dan pengumuman pendapatan korporat daripada kedua-dua sektor berkenaan mungkin boleh mengatasi yang lain,” kata firma penyelidikan itu dalam satu nota di sini.

Ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus dalam suku kedua 2020, kemerosotan dua digit tempoh sukuan paling buruk sejak 1998 berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan untuk mengekang penularan COVID-19 yang menyaksikan ekonomi hampir terhenti.

Pada suku keempat 1998, Malaysia merekodkan penguncupan dua digit 11.2 peratus. KDNK suku kedua negara tahun lepas ialah 4.9 peratus.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM7.81, Top Glove naik 24 sen kepada RM24.06, Tenaga meningkat dua sen kepada RM11.14, Hartalega lebih tinggi enam sen kepada RM16.08 tetapi Public Bank jatuh 14 sen kepada RM17.66.

Saham-saham paling cergas, Sapura Energy menambah satu sen kepada 12.5 sen, DGB meningkat setengah sen kepada enam sen, Iris menambah empat sen kepada 37 sen sementara Pegasus kekal pada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 14.06 mata kepada 11,158.59, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 32.1 mata kepada 12,947.28 dan Indeks FBMT 100 menokok 11.69 mata kepada 10,987.95.

Indeks FBM 70 meningkat 32.85 mata kepada 14,158.7 dan  FBM ACE mengembang 112.33 mata kepada 9,721.92.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan lega 9.39 mata kepada 13,295.11, Indeks Perladangan jatuh 1.16 mata kepada 6,999.62 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan menambah 0.09 mata kepada  139.23.

— BERNAMA    

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In