Top Glove Corporation Bhd (KLSE: 7113) (Top Glove) adalah syarikat pembuatan sarung tangan yang terbesar di dunia. Kini, harga sahamnya telah melonjak dari RM4.65 pada 2 Januari 2020 ke setinggi RM28.40 pada 6 Ogos 2020.
Kenaikan ini telah menggegarkan komuniti saham terutamanya para pedagang tempatan yang berminat mencari keuntungan laju di dalam pasaran saham.
Di sini, saya akan memberi update mengenai prestasi kewangannya, pelan masa hadapan dan menilai sahamnya pada RM24.84, iaitu harga saham semasa bagi Top Glove. Maka, mari kita lihat 11 perkara ini sebelum nak melabur saham Top Glove.
1. Kapasiti Pengeluaran
Top Glove telah mencapai CAGR sebanyak 7.33% dari segi kapasiti pengeluaran sarung tangan dalam masa 10 tahun terkini.
Ia telah meningkatkan operasinya dari 19 kilang dengan kapasiti penghasilan sarung getah tahunan sebanyak 31.5 bilion pada tahun 2009, kepada 33 kilang yang berupaya untuk membuat 63.9 bilion keping sarung getah setahun pada tahun 2019.

2. Prestasi Kewangan 10 Tahun Terkini
Top Glove telah mencapai CAGR setinggi 12.12% dan 7.99% di dalam perolehan dan keuntungan bersih dalam masa 10 tahun terkini. Perolehannya menaik dari RM1.53 bilion pada 2009 kepada RM4.80 bilion pada 2019.
Manakala, keuntungan bersihnya telah meningkat dari RM169.1 juta pada 2009 kepada RM364.7 juta pada 2019. Prestasi ini adalah hasil daripada pengembangan kapasiti keluaran sarung getah secara berterusan dalam tempoh tersebut.

3. Return on Equity (ROE)
Dalam masa 10 tahun tersebut, Top Glove telah mencapai ROE purata sebanyak 16.23%.
Ini bermaksud ia telah berjaya menjana RM16.23 di dalam keuntungan bersih bagi setiap RM 100 di dalam ekuiti pemegang saham dari tahun 2010 ke 2019.
4. Pengurusan Aliran Tunai
Dari 2010 ke 2019, Top Glove telah berjaya menjana sebanyak:
a. RM3.23 bilion di dalam aliran tunai operasi
b. RM2.14 bilion dari pengeluaran ekuiti dan peminjaman bersih
Daripada jumlah tersebut, Top Glove telah belanja sebanyak:
a. RM2.69 bilion dalam Capital Expenditures (Capex) bersih
b. RM1.27 bilion dalam pembelian 100% pemegangan saham Aspion Sdn Bhd
c. RM1.34 bilion dalam pembayaran dividen kepada pelabur Top Glove
Jadi, ia telah mengekalkan baki tunainya pada paras sebanyak RM100-200 juta sepanjang tempoh 10 tahun tersebut.

5. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada 31 Mei 2020, Top Glove telah merekod sebanyak RM1.13 bilion di dalam liabiliti bukan semasa dan sebanyak RM3.37 bilion di dalam ekuiti pemegang saham. Jadi, gearing ratio terkini bagi Top Glove adalah sebanyak 33.4%.
Dalam masa itu, ia telah mencatatkan RM3.09 bilion di dalam aset semasa dan RM1.58 bilion di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasanya adalah 1.95.
6. Prestasi Kewangan 12 Bulan Terkini
Top Glove telah mencatatkan sebanyak RM5.32 bilion dan RM655.1 juta di dalam perolehan dan keuntungan bersih bagi tempoh 12 bulan terkini. Prestasi bagi Top Glove adalah terbaik pada Q3 2020 sebab ia telah mengalami peningkatan yang tinggi bagi sarung tangannya kerana wabak COVID-19.
Top Glove telah merekod sebanyak 25.6 sen di dalam Earnings per Share (EPS) pada masa tersebut.

7. Pelan Pertumbuhan Masa Hadapan
Kini pada Q3 2020, Top Glove telah meneruskan pertumbuhan kapasiti hasilan sarung getah kepada 78.7 bilion daripada 63.7 bilion pada Q4 2019 (rujuk nota 2).
Dari situ, Top Glove telah merancang dan sedang melaksanakan pelannya untuk menambah lagi kapasiti pengeluaran sarung getah ke setinggi 106.6 bilion pada Disember 2022.

8. Siapa Pemilik Utama Top Glove?
Setakat 29 Oktober 2019, 3 pemilik utama bagi Top Glove adalah seperti berikut:

Tan Sri Lim merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif bagi Top Glove. Puan Sri Tong Siew Bee, isteri kepada Tan Sri Lim ialah pengarah bukan eksekutif bagi Top Glove.
Lim Hooi Sim merupakan adik kepada Tan Sri Lim ialah Pengarah Eksekutif bagi Top Glove.
9. P/E Ratio
Kini, harga saham Top Glove adalah RM24.84 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini ialah 97.03 jika ia dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 25.6 sen.
Kalau kita bandingkan dengan P/E Ratio lepas (2010 – 2019), P/E Ratio-nya terkini adalah tertinggi dalam masa 10 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 24.84 / RM 0.256
= 97.03

10. P/B Ratio
Pada 31 Mei 2020, Top Glove telah merekod sebanyak RM1.29 di dalam aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio terkini adalah 21.09.
Kalau kita bandingkan ia dengan P/B Ratio Top Glove lepas (2010 – 2019), ia adalah tertinggi pada 10 tahun tersebut.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 24.84 / RM 1.29
= 21.09

11. Kadar Dividen
Top Glove telah membayar sebanyak 7.50 sen di dalam dividen sesaham pada tahun 2019. Dengan itu, terbuktilah ia sebuah syarikat yang telah membayar dividen secara meningkat dan konsisten sepanjang 10 tahun tersebut.

Dalam tempoh 12 bulan terkini, Top Glove telah membayar 14 sen di dalam dividen setiap saham, hampir dua kali ganda dividen yang dibayar pada tahun 2019. Ia adalah sumbangan daripada prestasi kewangan yang luar biasa sepanjang 12 bulan tersebut.
Maka, kadar dividen terkini bagi Top Glove ialah 0.56% setahun, terendah kalau dibandingkan dengan kadar dividen Top Glove yang lepas (2010 – 2019).
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.14 / RM 24.84) x 100%
= 0.56%

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, saya mendapati:

Kini, Top Glove telah menjadi salah satu saham ‘talk of the town’ bagi komuniti saham di Malaysia disebabkan harganya telah melonjak secara mendadak pada tahun 2020 kerana permintaan tinggi untuk sarung getah kerana wabak COVID-19.
Jadi, wajarkah untuk kita melabur saham Top Glove?
Yang itu, kita kena jawab sendiri. Kalau tak pasti, boleh tanya diri sendiri:
a. Kenapa kita nak beli saham Top Glove pada harga RM24.84 seunit saham?
b. Adakah kita pelabur jangka masa panjang atau pun pedagang saham?
c. Sampai bila kita nak pegang saham Top Glove?
Kalau kau tidak mempunyai pelan pelaburan yang terperinci, lebih baik untuk kita fikir apakah pelan pelaburan saham yang sesuai untuk diri kita terlebih dahulu sebelum nak labur ke dalam mana-mana saham.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM
