• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Impak Covid-19 : Ekonomi Malaysia Menguncup 17.1 Peratus Pada Suku Kedua

in Berita
A A
Impak Covid-19 : Ekonomi Malaysia Menguncup 17.1 Peratus Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus dalam suku kedua 2020, penyusutan dua angka bagi suku yang terburuk sejak 1998 berikutan pelaksanaan perintah kawalan tidak dijangkakan bagi membendung penularan COVID-19 dan menyaksikan ekonomi hampir tidak bergerak.

Pada suku keempat 1998, Malaysia mencatatkan penyusutan dua angka sebanyak 11.2 peratus dan pada suku kedua 2019, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 4.9 peratus.

Bagi suku ini, semua sektor-sektor perkhidmatan, perlombongan dan kuari dan pembinaan masing-masing susut 16.2 peratus, 18.3 peratus, 20 peratus dan 44.5 peratus, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin said today.

Sektor pertanian bagaimanapun mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.0 peratus.

Susulan pertumbuhan kecil sebanyak 0.7 peratus bagi suku pertama tahun ini, KDNK bagi separuh pertama mencecah -8.3 peratus berbanding 4.7 peratus dalam separuh pertama tahun lepas, kata beliau pada sidang media, hari ini.

Hadir sama, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Di peringkat serantau, Singapura mencatatkan penyusutan KDNK sebanyak 12.6 peratus manakala Filipina menguncup 16.5 peratus dan Indonesia susut pada 5.3 peratus.

Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac, 2020 yang menyaksikan ekonomi beroperasi pada kapasiti sebanyak 45 peratus.

Ini disusuli dengan PKP Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei dan seterusnya PKP Pemulihan pada 10 Jun-31 Ogos, 2020 yang membawa kepada pembukaan semula ekonomi secara  beransur-ansur.

Mengulas perkara itu, Nor Shamsiah berkata campur tangan agresif yang dilaksanakan oleh kerajaan telah membolehkan pemulihan ekonomi secara lebih pantas.

Menurutnya, BNM telah menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2020 kepada -3.4 hingga -5.5 peratus daripada -2 hingga 0.5 peratus sebelum ini berikutan anggaran awal itu berdasarkan tempoh PKP selama empat minggu berbanding tujuh minggu.

Ekonomi juga dijangka pulih dan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus kepada 8 peratus pada 2021.

Unjuran pertumbuhan lebih baik dalam separuh kedua 2020 dan 2021 adalah berdasarkan kepada peningkatan berterusan persekitaran luaran, normalisasi aktiviti ekonomi secara beransur-ansur dan keadaan pasaran tenaga kerja, projek-projek pelaburan baharu, permintaan terhadap produk-produk teknologi dan penjagaan kesihatan serta pengembangan dalam kapasiti pengeluaran berkaitan komoditi.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In