fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seketika Pada Pagi Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

Bursa Malaysia dibuka tinggi buat seketika pagi ini sebelum susut, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah dengan S&P 500 meluncur turun ke zon negatif setelah diniagakan melepasi paras tinggi sepanjang masa selama dua hari berturut-turut.

Para pelabur tidak mengendahkan tuntutan pengangguran mingguan AS yang merosot di bawah satu juta untuk pertama kalinya dalam tempoh empat bulan.

Pada pukul 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) lega 2.95 mata kepada 1,573.47 daripada 1,556.64 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 2.37 mata lebih tinggi pada 1,578.79. 

Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung dengan 306 berbalas 168 manakala 322 kaunter tidak berubah, 1,200 tidak diniagakan dan 33 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 913.81 juta saham bernilai RM258.22 juta.  

Malacca Securities Sdn Bhd dalam notanya berkata minat belian baharu untuk kaunter berwajaran tinggi sarung tangan serta peningkatan berterusan saham-saham kewangan menyaksikan FBM KLCI (+1.3 peratus) menebus kembali kerugian empat hari yang dialami.

Ia menambah keuntungan yang diraih sejajar dengan sentimen positif keseluruhan bursa serantau semalam.

Firma itu berkata selepas beberapa siri gangguan sejak kebelakangan ini, para pelabur kini mula membeli saham ketika harga murah terutamanya berkaitan sarung tangan.

“Meskipun kita merasakan aktiviti pengambilan untung akan mengambil tempat dengan tinjauan masih tidak berubah terutamanya kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik yang masih berlegar dan peningkatan jumlah kes COVID-19 tetapi aktiviti belian dana asing baru-baru ini mungkin boleh memberikan sedikit kestabilan.

“Sementara itu, para pelabur masih menantikan pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar suku kedua Malaysia yang dijangka mencatatkan penguncupan pertama sejak suku ketiga 2009,” katanya.

Dalam pada itu, ia berkata pemulihan ketara harga emas mungkin mencetuskan minat belian diperbaharui untuk saham berkaitan emas.

“Saham berkaitan penjagaan kesihatan juga kembali bergerak yang mungkin menyaksikan satu lagi gelombang pemulihan terhadap prospek positif mereka di masa akan datang,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Tenaga. masing-masing menokok dua sen kepada RM7.82 dan RM11.18, Public Bank turun lapan sen kepada RM17.72, Top Glove meningkat 10 sen kepada RM25.10 sementara Hartalega kekal pada RM16.56. 

Saham-saham paling cergas, Priceworth dan Borneo Oil, masing-masing lega setengah sen kepada 4.5 sen dan tujuh sen,  XOX jatuh 1.5 sen kepada 24 sen sementara Sapura Energy dan Nexgram kekal pada 13 sen dan 6.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 18.36 mata kepada 11,251.29, Indeks FBM Emas Shariah lebih rendah 23.41 mata kepada 13,070.50 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 16.09 mata kepada 11,075.43.

Indeks FBM 70 merosot 68.49 mata kepada 14,333.06 dan Indeks FBM ACE jatuh 112.77 mata kepada 9,986.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 2.80 mata kepada 13,391.36, Indeks Perladangan mengukuh 9.82 mata kepada 7,034.11 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan lega 0.39 mata kepada 139.29.

— BERNAMA    

Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

6 days ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In