KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Bertam Alliance Bhd, Bertam Development Sdn Bhd (BDSB) telah memperoleh sub-kontrak bernilai RM22.9 juta untuk penyediaan penyelenggaraan dan penggantian perkhidmatan tangki air di enam lokasi di Sabah.
Kontrak tersebut diberikan Teamcons Resources Sdn Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata BDSB telah menerima surat anugerah sub-kontrak itu bertarikh 12 Ogos, 2020.
“Tarikh permulaan kontrak ialah pada satu minggu daripada tarikh penerimaan dan dijadualkan siap pada 20 Disember, 2021.
“Kontrak tersebut dijangka dapat memberi sumbangan positif kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan tahap kadar hutang Kumpulan Bertam,” kata syarikat itu.
Bertam Alliance berkata bahawa kontrak tersebut tidak akan memberi kesan kepada terhadap modal saham terbitan dan berbayar serta pegangan saham utama kerana ia tidak melibatkan penerbitan saham biasa dalam syarikat tersebut.
— BERNAMA