• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Supermax Dimasukkan Dalam Index MSCI Global Standard

in Berita
A A
Supermax Dimasukkan Dalam Index MSCI Global Standard
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Supermax Corporation Bhd (Supermax) telah mendapat pengesahan daripada MSCI Inc., penyedia utama indeks dan analisis berasaskan penyelidikan, bahawa ia akan dimasukkan dalam Indeks MSCI Global Standard pada 31 Ogos, 2020.

Dalam kenyataan hari ini, Supermax berkata ia antara 18 syarikat di seluruh dunia, dan satu daripada dua syarikat di Malaysia akan dimasukkan dalam Indeks MSCI Global Standard di bawah Indeks MSCI Malaysia. 

Katanya tiga tambahan terbesar dalam Indeks MSCI Global Standard di bawah Indeks MSCI World termasuklah P G & E Corp (AS), Peloton Interactive A (AS) dan Zscaler (AS), manakala tiga tambahan terbesar dalam Indeks MSCI Emerging Markets adalah Postal Savings A (Hk-C) (China), Beijing Shanghai A (HkC) (China) dan Yandex A (Rusia).

Supermax menggunakan model Pembuatan Jenama Sendiri (OBM) di mana syarikat mengeluarkan produk, membungkus dan memasarkan di bawah jenama dalamannya.

“Kami kini mengeksport 55 peratus daripada pengeluaran di bawah jenama kami sendiri melalui pusat pengedaran kami sendiri dan 40 peratus melalui pengedar bebas. Baki lima peratus adalah untuk pengeluaran OEM (pengeluar peralatan tulen),” katanya.

Syarikat itu berkata produknya dijual ke lebih 165 negara, penyumbang terbesar ialah rantau Amerika yang menyumbang 51 peratus daripada pendapatan pada akhir tahun fiskal (FYE) 2020.

Rantau Asia/Oceania dan Eropah, masing-masing menyumbang 23 peratus kepada pendapatan FYE2020. Dari segi segmentasi produk, 72 peratus adalah daripada sarung tangan bebas serbuk nitril, diikuti 18 peratus daripada bebas serbuk lateks, tujuh peratus (lateks serbuk) dan tiga peratus (sarung tangan pembedahan).

Dari segi peningkatan kapasiti, Supermax berkata ia telah menyediakan pelan pengembangan untuk membina lima kilang pembuatan sarung tangan antara sekarang dan hingga 2022 dengan tambahan kapasiti pengeluaran sebanyak 22.25 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 48.42 bilion sarung tangan pada akhir 2022. 

“Kumpulan Supermax akan melabur jumlah perbelanjaan modal sebanyak RM1.3 bilion untuk kilang baharu,” katanya.

MSCI Global Standard, dalam kenyataan pada Rabu, berkata selain Supermax Corp, saham Kossan Rubber Industries Bhd akan dimasukkan sebagai komponen untuk Indeks MSCI Global Standard pada 31 Ogos 2020.

Bagaimanapun, katanya IJM Corp Bhd akan digugurkan daripada senarai.

Pada rehat tengah hari, Supermax menambah enam sen kepada RM19.48, Kossan tidak berubah pada RM15.10, manakala IJM susut 13 sen kepada RM1.40.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In