• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pekerjaan Di Sektor Swasta Merosot Dalam Suku Kedua

in Berita
A A
Pekerjaan Di Sektor Swasta Merosot Dalam Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Pekerjaan di sektor swasta menurun kepada 8.4 juta pada suku kedua 2020 berbanding 8.6 juta yang direkodkan semasa suku pertama, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Perangkaan yang diterbitkan dalam Statistik Guna Tenaga, suku kedua 2020 berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dijalankan ke atas pertubuhan swasta formal termasuk statistik permintaan buruh, merangkumi pekerjaan, jawatan yang dipenuhi, kekosongan jawatan dan pengwujudan pekerjaan mengikut kemahiran dan aktiviti ekonomi. 

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pada suku ini, kadar pekerjaan yang diisi jatuh 0.1 peratus berbanding dengan 97:45 peratus sebelumnya, menjadikan jumlah jawatan yang diisi kepada 8.2 juta, manakala peluang pekerjaan yang ditunjukkan melalui kekosongan jawatan adalah 170,000.

“Dengan kebanyakan aktiviti ekonomi tertangguh pada April, dan diberi kelonggaran beroperasi secara beransur-ansur sepanjang Mei dan Jun, perniagaan masih perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

. Di samping itu, pergerakan penduduk yang terhad berikutan larangan pergerakan antara negeri telah memberi kesan kepada pendapatan perniagaan.

“Ini telah menyebabkan permintaan buruh yang berkurangan oleh industri yang mana dapat dilihat melalui bilangan kekosongan jawatan yang lebih rendah berbanding setahun yang lalu,” katanya.

 “Kadar kekosongan turun 0.5 mata peratus dari tahun ke tahun kepada 2.0 peratus tetapi jika dibandingkan dengan suku sebelum ini, ia meningkat secara marginal sebanyak 0.1 mata peratus.

Lebih separuh daripada kekosongan adalah jawatan separuh mahir, manakala kekosongan jawatan mahir mewakili 23.1 peratus.

 Mengikut aktiviti ekonomi, 55.1 peratus daripada kekosongan jawatan adalah dalam sektor pembuatan, terutamanya dalam pengeluaran komputer, produk elektronik dan optikal, produk getah dan plastik, produk kimia dan farmaseutikal serta produk makanan.

Bagi sektor perkhidmatan dengan sumbangan 17.3 peratus, sebahagian besar kekosongan adalah dalam industri perdagangan borong dan runcit, pengangkutan darat, gudang dan aktiviti sokongan untuk pengangkutan, makanan dan minuman, serta industri kewangan dan insurans

Walaupun permintaan buruh adalah lebih rendah, sebanyak 12 ribu pewujudan jawatan direkodkan pada suku ini, yang mana ianya kurang separuh daripada purata pewujudan jawatan suku tahunan pada tahun lepas.

Menurut Mohd Uzir Mahidin lagi, komuniti perniagaan di Malaysia majoritinya adalah perusahaan kecil dan sederhana. Pakej rangsangan yang diperkenalkan secara berperingkat sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan membantu perniagaan ketika melalui fasa pemulihan ini

Dengan adaptasi normal baharu, perniagaan mula mengatur strategi bagi menangani permintaan pengguna yang berubah, dan seterusnya menyebabkan perubahan keperluan bentuk kemahiran pekerja.

Katanya, dari sudut penawaran buruh, pencari kerja perlu memanfaatkan kedudukan permintaan buruh semasa dengan menilai semula dan memperkukuh kemahiran serta pengetahuan dan seterusnya dapat mempertingkatkan kebolehpasaran dalam pasaran kerja.” 

–BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In