fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Suku Kedua Duopharma Naik 8.61 Peratus

in Berita
A A
Keuntungan Bersih Suku Kedua Duopharma Naik 8.61 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) –Keuntungan bersih Duopharma Biotech Bhd meningkat sebanyak 8.61 peratus kepada RM14.73 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 daripada RM13.92 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Namun hasilnya berkurangan kepada RM143.33 juta daripada RM145.47 juta, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan kecil berbanding tempoh sama tahun lepas itu terutamanya disebabkan oleh permintaan lebih tinggi daripada sektor penjagaan kesihatan,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Kumpulannya Leonard Ariff Abdul Shatar berkata walaupun keadaan tidak menentu di peringkat antarabangsa dan domestik adalah ketara ekoran pandemik COVID-19, prestasi kewangan yang kukuh itu sebaliknya menunjukkan permintaan berterusan bagi produk farmaseutikal Duopharma daripada sektor awam dan swasta.

“Walaupun 2020 ternyata lebih mencabar daripada tahun-tahun sebelumnya, kami tetap yakin dengan prestasi tahun kewangan 2020.

“Antara faktor penyumbang itu termasuk dalam Belanjawan 2020 yang menyaksikan peningkatan peruntukan sektor penjagaan kesihatan sebanyak 6.6 peratus kepada RM30.6 bilion – tertinggi dalam sejarah Malaysia,” katanya.

Leonard Ariff berkata kilang Ramuan Farmaseutikal Beraktif Tinggi (HAPI) kumpulan itu kini dalam operasi penuh yang menyaksikan pengilangan dan pembekalan produk pertamanya, Letrozole (sejenis ubat kanser) untuk pasaran swasta dan juga tender kerajaan.

“Kami juga sedang bersiap sedia bagi proses pemindahan teknologi produk kedua kepada Duopharma Biotech pada bulan ini,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa tempoh kontrak Duopharma Biotech bagi pembekalan produk farmaseutikal dan/atau bukan farmaseutikal kepada hospital, klinik dan badan lain di bawah kerajaan telah dilanjutkan selama 25 bulan lagi mulai 1 Dis, 2020 sehingga 31 Dis, 2021.

 Selain itu, tempoh kontrak bagi Program Perjanjian Dagangan bagi bekalan formula insulin manusia telah dilanjutkan selama setahun bermula 2 Dis, 2019 sehingga 1 Dis, 2020.

“Lanjutan ini akan membantu menstabilkan sebahagian besar hasil kumpulan pada tempoh tersebut dan kmpulan menggerakkan sumber untuk menggiatkan usaha menceburi sektor produk khusus. Ini berikutan satu daripada strategi pada masa depan adalah menghasilkan kelompok produk khusus,” katanya.

Menurut Leonard Ariff, peruntukan tambahan juga telah dibuat kepada Kementerian Kesihatan yang menjadi sebahagian daripada langkah kebangsaan menangani pandemik COVID-19, sekali gus hanya meningkatkan lagi unjuran positif kerana kira-kira 50 peratus daripada jualan itu membabitkan sektor awam.

Malah, dividen interim sebanyak 0.5 sen sesaham yang telah diumumkan itu adalah sejajar dengan pendekatan berhemat untuk menjimatkan tunai dan memastikan komitmen berdisiplin kumpulan terhadap perkembangan dan pertumbuhan global yang tidak menentu.

— BERNAMA

Share227ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In