fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi tengah hari ini bagi mengakhiri sesi dagangan pagi. 

Prestasi pasaran itu juga seiring dengan prestasi positif pasaran saham serantau susulan kenaikan semalaman di  Wall Street.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 13.26 mata kepada 1,569.90 daripada paras penutup 1,556.64 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka naik 7.49 mata kepada 1,564.13 dan bergerak antara paras 1,561.17 dan 1,573.06 sepanjang sesi pagi.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 635 berbanding 365, manakala 392 kaunter tidak berubah, 594 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 7.24 bilion saham bernilai RM2.83 bilion.

Di peringkat serantau,  Bursa Saham Shanghai China tidak berubah pada 3,319.28, Indeks Straits Times Singapura naik 1.29 peratus kepada 2,596.34, Indeks Nikkei Jepun meningkat 2.03 peratus kepada 23,307.39 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.12 peratus kepada 25,213.62.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata pasaran Asia meningkat berikutan sentimen positif selepas pasaran di Amerika Syarikat melepasi seketika paras tertingginya dirangsang oleh lonjakan saham teknologi.  

Di dalam negara, seorang peniaga berkata, pasaran diniagakan tinggi sepanjang sesi pagi dengan aktiviti belian bermula di seluruh papan. 

Jumlah dagangan kekal tinggi apabila para peniaga membeli saham berharga rendah disokong oleh mudah tunai yang lebih tinggi daripada purata, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 14 sen kepada RM7.79, Public Bank meningkat 24 sen kepada RM17.64, Top Glove menokok 26 sen kepada RM24.76, Tenaga menambah dua sen kepada RM11.16 dan Hartalega melonjak 38 sen kepada RM16.50. 

Dalam kalangan kaunter cergas, Priceworth meningkat setengah sen kepada empat sen, Luster menokok 1.5 sen kepada 14.5 sen, Minho warrrant naik 12 sen kepada 19.0 sen, Sapura Energy susut setengah sen kepada 13 sen manakala Pegasus tidak berubah pada empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 91.21 mata kepada 11,239.07, Indeks FBM Emas Shariah naik 75.76 mata kepada 13,058.55 dan Indeks FBMT 100 menokok 88.64 mata kepada 11,058.48.

FBM 70 meningkat 96.62 mata kepada 14,408.84 dan FBM ACE menokok 135.53 mata kepada 10,134.02.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 57.53 mata kepada 7,028.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.14 mata kepada 138.68 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 174.64 mata kepada 13,369.93.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In