• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup 1.27 Peratus Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia ditutup pada paras harian tertinggi hari ini ketika pasaran pulih daripada penurunan selama empat hari berikutan belian saham semasa berharga rendah di yang merentasi seluruh papan.

Menurut peniaga, pasaran tempatan turut menjejaki negara serantau yang kebanyakannya meningkat susulan kenaikan semalaman di Wall Street.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 19.78 mata atau 1.27 peratus kepada 1,576.42 berbanding indeks komposit (IK) 1,556.64 ketika ditutup Rabu.

Indeks utama dibuka 7.49 mata lebih tinggi kepada 1,564.13 dan bergerak antara 1,561.17 dan 1,576.42  sepanjang hari.

Jumlah dagangan merosot kepada 11.67 bilion saham bernilai RM4.97 bilion daripada 19.16 bilion saham pada Rabu yang bernilai RM7.98 bilion.

Suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 607 berbanding 405, 483 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Di peringkat serantau, Bursa Saham Shanghai China menokok 0.04 peratus kepada 3,320.73, Indeks Straits Times Singapura meningkat 1.19 peratus kepada 2,593.75, Nikkei 225 Jepun menokok 1.78 peratus kepada  23,249.61, manakala Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.05 peratus kepada 25,230.67.

Menurut peniaga, kebanyakan pasaran Asia mencatat kenaikan hari ini mengambil isyarat daripada peningkatan ekuiti global mengenai petanda kelembapan penularan pandemik COVID-19 dan data ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada dijangka.

Di peringkat tempatan, beliau berkata pasaran mencatat prestasi tinggi di sepanjang sesi dagangan dengan indeks utama menokok berikutan sokongan belian ke atas saham wajaran tinggi khususnya kaunter kewangan dan penjagaan kesihatan.

Katanya, jumlah dagangan kekal tinggi berikutan aktiviti belian oleh pelabur runcit yang mengambil peluang mencari saham berharga rendah, disokong oleh mudah tunai lebih tinggi daripada purata, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 15 sen kepada RM7.80, Public Bank naik 40 sen kepada RM17.80, Top Glove menokok 50 sen kepada RM25.00, Tenaga menambah dua sen kepada RM11.16 dan Hartalega naik 44 sen kepada RM16.56. 

Bagi saham aktif, Luster naik satu sen kepada 14 sen, Priceworth meningkat setengah sen kepada empat sen, XOX turun dua sen kepada 25.5 sen, Sapura Energy berkurangan setengah sen kepada 13 sen, manakala Pegasus tidak berubah pada empat sen. 

Di papan indeks, Indeks Emas FBM meningkat 121.79 mata kepada 11,269.65, Indeks FBM Emas Shariah menokok 111.12 mata kepada 13,093.91 dan Indeks FBMT 100 menambah 121.68 mata kepada 11,091.52.

FBM 70 naik 89.33 mata kepada 14,401.55 dan FBM ACE meningkat 100.51 mata kepada10,099.0.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 53.22 mata kepada 7,024.29, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 2.14 mata kepada139.68 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 193.27 mata kepada 13,388.56.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 7.54 bilion saham bernilai RM3.82 bilion berbanding 10.72 bilion saham bernilai RM5.93 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 506.29 juta unit bernilai RM150.86 juta daripada 949.97 juta unit bernilai RM305.06 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 3.62 bilion saham bernilai RM997.46 juta daripada 7.48 bilion saham bernilai RM1.75 bilion pada Rabu.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang kepada 1.22 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (2.82 bilion), pembinaan (265.86 juta), teknologi (425.09 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (61.18 juta), hartanah (1.23 bilion), perladangan (104.97 juta), REIT (9.86 juta), dana tertutup (1,000), tenaga (981.41 juta), penjagaan kesihatan (85.66 juta), telekomunikasi dan media (74.39 juta), pengangkutan dan logistik (235.71 juta) dan utiliti (23.34 juta).

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In