fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Ambil Petunjuk Daripada Kenaikan Semula Saham AS

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berbanding penurunan semalam, mengambil petunjuk daripada kenaikan semula saham Amerika Syarikat (AS) didorong minat yang wujud semula terhadap saham teknologi.

Pelabur juga memberi reaksi positif dalam keadaan wujudnya petanda penurunan kes penularan COVID-19 dan data ekonomi AS yang lebih kukuh berbanding jangkaan.

Pada pukul 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.61 mata kepada 1,564.25 daripada 1,556.64 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka 7.49 mata lebih tinggi pada 1,564.13.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 408 berbanding 106 manakala 232 kaunter tidak berubah, 1,240 kaunter tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 706.44 juta saham bernilai RM258.62 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata walaupun FBM KLCI diniagakan rendah bagi sesi keempat berturut-turut semalam namun penurunan itu dihadkan oleh kenaikan yang dicatatkan saham utama kewangan.

Ia susulan langkah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menaikkan had penggearan untuk amanah pelaburan hartanah (REIT) Malaysia daripada 50.0 peratus kepada 60.0 peratus sehingga 31 DIs, 2022, menurutnya.

“Kami berpandangan peningkatan semula mungkin bermula dengan dipacu kenaikan di seluruh saham kewangan sekali gus memberikan sedikit sokongan setelah penyusutan harga selepas beberapa siri kenaikan yang direkodkan saham sarung tangan berwajaran tinggi.

“Para pelabur pula akan mengambil peluang ini untuk membeli pada harga rendah ke atas saham yang mengalami penyusutan harga, disokong oleh mudah tunai lebih tinggi berbanding purata, namun kami berhati-hati kerana aktiviti pengambilan untung pantas masih mempengaruhi prestasi bursa,” menurutnya.

Firma itu berkata bagi tumpuan sektor, ketika kenaikan dicatatkan saham kewangan mungkin memberi sedikit sokongan kepada FBM KLCI, sektor tenaga pula dijangka turut sedemikian susulan harga minyak Brent ditutup melebihi US$45 setong.

Ia berkata pelabur jangka panjang mungkin memilih saham REIT memandangkan pelarasan had pembiayaan oleh SC untuk mengekalkan modal kerja mereka.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 14 sen kepada RM7.79, Public Bank turun dua sen kepada RM17.38, Top Glove menokok 30 sen kepada RM24.80, Tenaga susut 10 sen kepada RM11.04 dan Hartalega menambah 18 sen kepada RM16.30.

Antara saham paling aktif, Borneo Oil dan Sapura Energy masing-masing meningkat setengah sen kepada 7.5 sen dan 14 sen, I-Stone menambah 1.5 sen kepada 30.5 sen sementara Pegasus dan NeyX masing-masing tidak berubah pada empat sen dan dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 65.57 mata kepada 11,213.43, Indeks FBM Emas Syariah menokok 71.97 mata kepada 13,054.76 dan Indeks FBMT 100 naik  43.15 mata kepada 11,012.99.

FBM 70 melonjak 100.38 mata kepada 14,412.60 dan FBM ACE meningkat 135.43 mata kepada 10,133.92.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menambah 39.66 mata kepada 7,010.73, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.85 mata kepada 138.39 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 92.47 mata kepada 13.287.76.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

6 days ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In