• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Ciri-Ciri Struktur Bantu Bank Islam Bertahan Daripada Impak Covid-19

in Berita
A A
Ciri-Ciri Struktur Bantu Bank Islam Bertahan Daripada Impak Covid-19
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Tumpuan terhadap pembiayaan runcit dan ciri-ciri struktur lain akan membantu bank-bank Islam bertahan daripada gangguan ekonomi yang disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19, kata Moody’s Investors Service.

Moody’s dalam laporan terbaharunya berkata tujuh bank Islam terbesar di Malaysia, yang mana lima daripadanya adalah anak syarikat kumpulan perbankan domestik dengan operasi konvensional, memberi lebih tumpuan kepada pembiayaan runcit yang kurang terdedah kepada kegawatan ekonomi berbanding pembiayaan perniagaan. 

“Bank Islam juga berkedudukan baik untuk mengekalkan keuntungannya kerana mereka akan melihat penurunan rosot nilai yang terhad kerana kualiti aset mereka kekal kukuh,” kata agensi penarafan itu.

Selain itu, pertumbuhan pembiayaan di bank Islam juga akan menyokong usaha kumpulan kewangan untuk mengembangkan perbankan Islam dan meningkatkan penerimaan produk tersebut oleh pengguna. 

“Juga, bank Islam akan terus mengekalkan perbelanjaan operasi yang rendah kerana mereka memanfaatkan prasarana kumpulan induk mereka,” kata agensi itu.

Pada masa depan Moody’s berkata ia menjangka bank Islam dapat mengekalkan permodalan mereka dalam tempoh 12-18 bulan akan datang kerana penyusutan dalam penggunaan modal mengimbangi penurunan keuntungan. 

“Pembiayaan dan mudah tunai mereka dijangka kekal stabil disokong oleh pertumbuhan deposit runcit, permintaan pembiayaan lemah dan sokongan daripada kerajaan dan kumpulan induk,” kata agensi itu.

Sementara itu, penganalisisnya Tengfu Li berkata penurunan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pengangguran akan meningkatkan risiko pengabaian dalam pembiayaan runcit tetapi impak ke atas penurunan akan terhad kerana kebanyakan daripadanya dicagar oleh hartanah kediaman, kereta atau dana amanah risiko rendah.

Selain itu, katanya, bank Malaysia secara umumnya mempunyai amalan penaja jaminan yang berhemat bagi pembiayaan runcit hasil daripada garis panduan kawal selia bagi pembiayaan ‘bertanggungjawab’, yang ditambahkan kepada kualiti aset mereka.

Beliau berkata deposit akaun semasa runcit dan simpanan akan memacu keseluruhan pertumbuhan deposit kerana pengguna berhati-hati dalam perbelanjaan mereka manakala permintaan pembiayaan masih kekal lemah.

“Manakala deposit di bank Islam secara umumnya akan terus berkembang lebih pantas berbanding deposit konvensional disebabkan oleh populariti produk kewangan patuh Syariah. 

“Dan sokongan berterusan daripada kerajaan dan kumpulan induk, terutamanya dalam bentuk deposit, akaun pelaburan dan sukuk juga akan mengurangkan risiko pembiayaan,” katanya. 

— BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In